Friday, December 30, 2011

unwanted STALKER

Salam Jumaat readers

hari ni cik wieda dah tukar blog address. sebab??? ada stalker yg x di kehendaki.........so maybe ada readers or followers x dpt cari blog ni. xpelah.....nanti2 jumpa la tu kan ;)

Wednesday, December 28, 2011

WORDLESS WEDNESDAY

I love to walk alone on d lonely chilling road at morning 3 with no one on it.............
i love to see endless sky for hours sitting somewhere around a lonely world...........with no human soul lingering around.................
i love to lie half dead on my bed for hours with no sign of life in me........................

i luv b d only 1 around me ...........around my thoughts...

Sunday, December 25, 2011

test jer....

saja je nk try post entry thru my galaxy tab ni......

so..xde citer entry kali ni. hehe

Friday, December 16, 2011

Bila G.I.L.A ku datang

Assalamualaikum

Akhirnya...today is Friday. weeehuuuuuuuuuuu.......x sabar tunggu kul 6pm nak balik umah. Semak otak lama2 kat opis ni. Memang pekerja yg x amanah lansung. hahahaha......

Actually, sekarang ni cik wieda dlm situasi yg agak stress la. Adalah sket masalah tapi x perlu di hebohkan pada semua org lah kan. Handle it with professional (sangatlah kan).....huhu

It's my habit..when i'm in stressful situation, mesti cik wieda akan go to somewhere....getaway!!! dats y i said G.I.L.A.........coz i'll make an immediate decision going to anywhere to release my mind :) 

as for this time.....cik wieda rasa nak lari ke island. nak ke Krabi...dah book tix for honeymoon next year so xleh la...tengok2 Sabah...mak aiiii mahalnye tiket. return tix mau RM1k...yelah nama pun last minute kan. so, i call my BFF told her about my CRAZY plan.......dia pun just telan air liur...xde angin xde ribut suddenly ajak pegi vacation...immediate lak tu. hahaha...cik wieda ckp how about redang...bila cek redang close now coz musim tengkujuh kan..no wonder la cek rate kat internet xde pun utk december...she suggest MORIB...tapi dekat sgt mcm bkn getaway je...hehe. then...my CRAZY mind pop an idea!!!!!!!!!! 
ahaaaa........S.I.N.G.A.P.O.R.E........we'd plan for it last year but until now belum sampai lagi. end of the year selalunya SG ada SALE kan...so...i terus sms dia. this morning br dia reply....she's agreed. weols cadang nak pegi next week time christmas holiday. tapi apa yg menarik kat singapore tu ye..mana tpt nak pegi. i've read a few review la dari org2 yg dah penah pegi. they said..Geylang, Arab Street, Chinatown, Mustafa & etc...USS of course recommended tapi maybe next time la kot. For sure, tix mahal giler time peak season kan.....

as for now...otak GILA ni still collect as much as info about SG. if next 2-3 days dah hilang stress tu maybe i just cancel d trip...kan cik wieda cakap....G.I.L.A........hahahahaha. ye la...duit pun x ler byk sgt nk jalan sana sini kan.....dengan nak kawin lagi mesti la kena jimat cermat. but....i'm toooooooooooooo STRESS. so, i normally will spend my money when i'm in stress mood.


Thursday, December 15, 2011

My PRAY always with YOU




Dear En Tunang,

Tabahlah mengharungi dugaan & ujian yg datang ni. Walaupun kita agak tertekan dgn masalah ini d saat sibuk membuat persiapan majlis perkahwinan yg bakal menjelang tak lama lagi. Saya sentiasa mendoakan awak dapat mengharungi dugaan ni dgn penuh sabar. 

Friday, November 18, 2011

i'm Leaving!!!!!!

i'm resigning from P1.............yeayyyy yeayyy yeayyyyy!!!!!!!!! hahaha....suke lak..gilerrrr. memang dah lama tunggu peluang ni. Haritu plan x nak cari keje kat area KL....nak cari area utara je.Ye lah, nak balik dok sana kononnya kan. Tapi...dah susah sgt nk dapat. Ada peluang kat sini....grab je lah kan. Sambil2 tu intai2 la opportunity kat utara nanti.

Tapi cik wieda belum tender lagi. Isnin ni baru nk bagi surat kat bos. Pagi tadi baru g amik offer letter. office baru nanti kat Mont Kiara.......bye2 P1.......... ;)


Tuesday, November 15, 2011

Testing jerrr............

baru remove networksblog from FB...so saja test post ni ada auto post ke FB x? hehehe...bkn pe...nanti auto post byk mata2 yg jd stalker.... ;)




Saturday, October 15, 2011

what a day.........

hari ni plan nak g jumpa tailor nak bagi design baju. dah janji dgn my fren (kakcik) nk meet up kat sek3 shah alam around 3pm++. so, kul 2pm cik wieda g la mandi nak bersiap....nak ke toilet tu ada satu pintu antara dapur dan toilet. dah siap mandi cik wieda kuar toilet pintu tu kunci dari dalam. puas la cik wieda ketuk2 pintu..panggil semua org..tp xde pn yg datang...intai2 tgk ruang tamu gelap, fan pn x buka, suara anak2 buah pn xde...sah!!!!!!! diorang keluar. camne la cik wieda nk keluar dari situ......berpeluh2 la dok umpil besi kat tingkap. tapi x boleh...at last cik wieda giveup dok je la bersandar kt dinding tu tunggu diorang semua balik.....dgn harapan jgn la sampai lewat malam. akhirnya.........5.30pm diorang balik. legaaa......terus call kakcik minta maaf, dia pn dah balik ke damansara. i'm so sorry my dear fren....ada 27 miscall kat henpon. huhu....

mmg lapar gila la kannn........since morning x makan ape.....kepala pn dh pening dgn panas terkurung...g la pasar malam beli makanan. balik umah terus makan sbb sangat lapar ok..nasi beriyani ayam. boleh pulak tengah makan.......anak buah cik wieda terduduk pulak atas ayam tu.......adusssss!!!!!!!! makan je lah......alih sebelah lain...makan. lapar kannnnnnn......hahaha


Thursday, October 6, 2011

Audition 'Titian Ombak' TV Al-Hijrah

Assalamualaikum........

cik wieda menyepi lagi.....kini kembali menyapu sawang2 d rumah kecil cik wieda ni. hehehe...biasala, klu menyepi tu tandanya busy and no idea la kannnnnn ;)

hope uols semua sihat2 saje & bahagia bersama insan2 tersayang :)

baru2 ni cik wieda join audition TV AL-Hijrah utk rancangan Titian Ombak. uols pernah dengar x? maybe ada yg x tahu kann...maklumlah TV AL-Hijrah x lah femes amous lagi..al-kisahnya cik wieda terbaca kat FB kak Farah Adeeba ttg audition ni. So, dia akan wat class utk brief dulu peserta2 b4 d actual audition. so, i attended d class on 1st October 2011 kat butik kak deeba la...Najjah Boutique kat Kota Damansara.

weols 6 org je...and banyak yg dapat d pelajari dari kak deeba...tapi bila dh start cakap tu jd 'keras' la pulak. hahaha........kawan2 yg datang pun ok & very friendly. tp cik wieda yg paling tua kat situ.........diorang sume mude mudi lagi......tp berbakat.

next day tu........weols kena attend d audition kat TV Al-Hijrah...tapi, cik wieda x pegi pun. hahahaha.........sebab???????? cik wieda x confident la...and x prepare lansung malam tu skrip yg kak deeba bagi tu. rasa ralat juga tp xpelah.........insyaAllah nanti kalau ada peluang cuba lagi.






pic credit to adik aliya...nice meeting u and others --->> faz,hanim,b gadis melayu, and lagi sorang tu x ingat nama la.....sori..huhu

dan jugak thanks to kak deeba yg sangat cantik dan ilmu2 yg d kongsikan.... :)


Thursday, September 22, 2011

WANITA....kau insan ISTIMEWA :)

Cik Wieda jumpa citer ni kat FB seorang teman. Something nice to share with everybody :)
Bila SUAMI balik rumah.... Dia jadi heran gler halaman umah berselerak, surat kat peti pos tak berambil, anak-anak tengah main korek-korek tanah kotor, baju compang-camping, penuh dengan tanah dan kotoran, rambut tak bersikat, tak bermandi.. Masuk ke pintu rumah lagi lelaki tu terkejut.

waaa... mana isteri ku...
... ...
Ruang tamu lagi teruk berselerak. Lelaki tu melaung nama isterinya.. Sepi tiada jawapan. Masuk ke dapur, sinki penuh dengan pinggan mangkuk tak berbasuh, periuk tak bercuci, mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak. Masuk ke bilik air, baju belum berbasuh apatah lagi berendam. Lelaki itu cemas mencari isterinya. Dia bergegas ke tingkat atas melihat isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku.

fuuu.. lega..

“Awak sakit ke?” tanya lelaki itu. “Tak lah”, jawab isterinya ringkas. “Kenapa teruk sangat rumah kita hari ni?” Tanya si suami lagi sambil meletakkan tangan di dahi isterinya, kot-kot isterinya demam.“Wahai suamiku, semalam semasa kita bertengkar, abg mengatakan yang saya ini hanyalah suri rumah, duduk di rumah tak sepenat diri abg yang duduk di pejabat, dan abg sering menanyakan apa kerja yang saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya merungut kepenatan kadang-kadang..

lelaki tu pun berfikir...

Kalau madam takde kat umah, alangkah tenteramnya hidup ini. Boleh buat ape yang kita suka. Boleh belengkar kat depan TV tanpa sebarang gangguan mental dan fizkal. Pendek kata, FreeDoMmmmmlah!! But hairan bin ajaib, when dia betul-betul pergi meaning “She’s Gone”’ aku plak trasa separuh mati. Sehari dua memanglah shiokkk, no one shouting from the kitchen for help, no o
ne to komen this and that, no one to criticize. Everything will be smooth…

hahaha... takde yg nak marah ku...

Tp masuk hari ketige, I felt something missing. Lebih-lebih lagi bila tuala mandi dah berbau ‘asshemmmm’, tak tau la mana nak cari yang baru. Colgate da nak abis, tak tau kat mana dia stock up. Air suam da habis, malas nk boil… Masuk hari keempat, rindu mula terasa...

Apabila rindu mencengkam, semuanya jadi tak tentu arah. Tengok TV citer best pon jadi tak best. Nasik bungkus feberite jadik tak feberite. Makan kat 5 star hotel jadik rasa macam makan kat kedai AA. Lebih-lebih lagi bila laundry basket da makin bertimbun ngan baju kotor. Toilet dah mula licin berdaki.. Lantai dah berbelak, tak dimop.. Every nite, very the lonely, baring atas katil nengok ceiling blindly.. bila lonely gini, baru lah rasa benar kesepian.

Jangan kata sebulan atau setahun, belum seminggu isteri takde kat umah, aku dah rasa separuh pengsan. Masa ni barulah sedar netapa pentingnya seorang wanita bernama isteri… So guys out there.. jgn buli isteri kite. Kalau boleh, tolong dia buat kerja rumah. Bukan dok depan TV every weekend baca paper. Apa ingat dia tu kuli ker?! Maid ker?!! Kan dia tu bini kita, best fren kita, sweetheart kita.. Ingat duit hantaran yang kita kasik dia masa nikah dulu cukupker nak bayar gaji dia ..................................................................seumur hidup ???

ingat balik..

And furthermore, kan sama2 kerja carik rezeki, sama jugak lah buat kerja rumah. Kadang2 bila poket kita sesak, tak ingat ker dialah orang yang paling dekat terdekat kita nak kenyeng-kenyeng duit. Tak kesian ker nengok bini kita? Dah la satu hari keja kat office, balik pulak kena buat kerja rumah lagi… penat tau! Kalaulah aku diberi peluang jadik seorang wanita,… tak rela!!! So to all mums and wives out there, live will be meaningless without You mothers. Uwaaaaaaa!!

SAYANGI LA KAUM PEREMPUAN KERANA TANPA MEREKA ANDA KEHILANGAN SESUATU..
HARGAI MEREKA!!!!!

Dari ilham seorang lelaki.. “ Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus membebel, merengek atau mengilai seperti Pontianak. Seburukburuk perangai wanita, ia akan terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan”....
 

Wednesday, September 7, 2011

Rambut kakak beribu2, Kalau sorang tengok, bermakna beribu2 dosa kakak dpt, Klu 10 org?

Artikel dari Hj.Mazlan Hj.Nasron. 

Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik.

Walaubagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.
Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an. Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya baru 20 tahun dan masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu saya balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester.

Saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di Sekolah Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya memang semuanya di Mekah, cuma saya seorang saja tinggal dengan nenek saya di Perak.

Walaupun masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, Haji Nasron untuk menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung dalam keluarga.

Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji. Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah kami sampai di Madinah.

Tiba di Madinah, semua orang turun daripada bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wanita terbabit. Tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecah bumi Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri.

Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan mengurus jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke arah wanita berkenaan.

"Kakak ni sakit,"kata saya pada jemaah-jemaah yang lain.

Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas. Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.

"Badan dia panas dan menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya, kita bawa dia ke hospital," kata saya.

Tanpa membuang masa, kami mengangkat wanita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ. Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing. Sampai di hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal. Sehinggalah ke petang, wanita itu masih lagi koma.

Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar di hospital berkenaan. Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wanita tersebut. Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. Selepas dua hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu.

Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital Madinah. Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil. Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji.

Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah. Malangnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wanita tersebut masih koma. Bagaimanapun, kata doktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.

Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya. Sebaik saja terpandang wajah saya, wanita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak. Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan muhrimnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis?? Saya bertanya kepada wanita tersebut;

"Kenapa kakak menangis?"

"Mazlan.. kakak taubat dah Lan. Kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Kakak bertaubat, betul-betul taubat."

"Kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya masih terpinga-pinga.

Wanita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu. Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua. Katanya ;

"Mazlan, kakak ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi kakak silap. Kakak ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja. Ibadat satu apa pun kakak tak buat. Kakak tak sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat kakak dan suami kakak tak buat. Rumah kakak penuh dengan botol arak. Suami kakak tu kakak sepak tendang, kakak pukul-pukul saja," katanya tersedu-sedan.

"Habis yang kakak pergi haji ini?"

"Yalah...kakak tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juga nak pergi."

"Jadi apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang kakak alami semasa koma?" tanya saya lagi.

Dengan suara tersekat-sekat, wanita itu menceritakan ;

"Mazlan...Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha Kaya. Semasa koma tu, kakak telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah kakak buat selama ini."

"Betul ke kak?" tanya saya, terkejut.

"Betul Mazlan. Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada kakak. Balasan azab Lan, bukan balasan syurga. Kakak rasa seperti diazab di neraka. Kakak ni seumur hidup tak pernah pakai tudung.Sebagai balasan, rambut kakak ditarik dengan bara api. Sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada Allah."

"Bukan itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini, putus, jatuh ke dalam api neraka. Buah dada kakak rentung terbakar, panasnya bukan main. Kakak menjerit, menangis kesakitan. Kakak masukkan tangan ke dalam api itu dan kakak ambil buah dada tu balik", tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wanita itu terus bercerita.

Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih. Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya ;

"Hari-hari kakak diseksa. Bila rambut kakak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala. Panasnya pula menyebabkan otak kakak terasa seperti menggelegak. Azab itu cukup pedih, pedih yang amat sangat, tak boleh nak diceritakan."
 
Sambil bercerita, wanita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu. Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar.

"Mazlan...kakak ni nama saja Islam, tapi kakak minum arak, kakak main judi dan segala macam dosa besar. Kerana kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu kakak telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam. Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja. Tapi kakak perlu makan buah-buah itu sebab kakak betul-betul lapar."

"Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong kakak dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut kakak. Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita. Habis saja buah-buah itu kakak makan, kakak diberi pula makan bara-bara api. Bila kakak masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan kakak rasa seperti terbakar hangus. Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya.

Selepas habis bara api, kakak minta minuman, tapi kakak dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat daripada nanah. Baunya cukup busuk. Tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangat dahaga. Semua terpaksa kakak lalui, azabnya tak pernah rasa, tak pernah kakak alami sepanjang kakak hidup di dunia ini."
Saya terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun. Terasa sungguh kebesaran Allah.

"Masa diazab itu, kakak merayu mohon kepada Allah supaya berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang untuk hidup sekali lagi. Tak berhenti-henti kakak memohon. Kakak kata kakak akan buktikan bahawa kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu. Kakak berjanji tak akan ingkar perintah Allah, akan jadi umat yg soleh. Kakak berjanji kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung segala kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji, akan sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan."

Saya termenung mendengar cerita wanita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa. Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. Kalau baik amalan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk amalan kita, maka azablah kita di akhirat kelak. Alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah.

"Ini bukan mimpi Mazlan. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali. Kakak bertaubat Mazlan, kakak tak akan ulangi lagi kesilapan kakak dahulu. Kakak bertaubat, kakak taubat nasuha," katanya sambil menangis-nangis.

Sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh.

"Kakak, yang kakak sembahyang teruk-teruk ni kenapa? Kakak kena jaga juga kesihatan diri kakak. Lepas sembahyang Isyak tu kakak baliklah, makan nasi ke, berehat ke." tegur saya.

"Tak apalah Mazlan. Kakak ada bawa buah kurma. Bolehlah kakak makan semasa kakak lapar."

Menurut wanita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqada'kan semula sembahyang yang ditinggalkannya dahulu. Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya.

"Tak boleh Mazlan. Kakak takut, kakak dah merasai pedihnya azab Tuhan. Mazlan tak rasa, Mazlan tak tau. Kalau Mazlan dah merasai azab itu, Mazlan juga akan jadi macam kakak. Kakak betul-betul bertaubat."

Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya ;

"Mazlan, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Mazlan ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung. Cukuplah kakak seorang saja yang merasai seksaan itu, kakak tak mau wanita lain pula jadi macam kakak. Semasa diazab, kakak tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan muhrim tengok sehelai rambut kakak ini, bermakna kakak mendapat 10 dosa."

"Tapi Mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak dapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni? Allah..."

"Kakak berazam, balik saja dari haji ini, kakak akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami akak sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat. Kakak nak ajak suami pergi haji. Seperti mana kakak, suami kakak tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan kakak. Kakak sudah bawa dia masuk Islam, tapi kakak tak bimbing dia. Bukan itu saja, kakak pula yang jadi seperti orang bukan Islam."

Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wanita tersebut. Walaubagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita yang benar-benar solehah. Adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma?

Tidak.

Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha?


Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadis.

Adakah ia bercanggah?

Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala, syurga dan neraka itu perkara ghaib? Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudah diazab barulah kita mahu percaya bahawa...

"Oh... memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal..."

Itu dah terlambat.


Salam AidilFitri 1432H

Alhamdulillah.....sempurna sudah Ramadhan. Syawal pun dah melabuhkan tirai...
so, macamane lebaran uols tahun ni???? meriah ke??? mesti meriah kan....cik wieda tgk gambar2 uols dlm FB..bukan main lagi ye. beraya sakan hampa no!!!

cik wieda sekeluarga sambut ala kadar je...tahun ni cik wieda rasa mcm x best sgt...x tahulah kenapa...tapi excitement tu mmg xdelah....kena pulak cik wieda dok selsema, demam, sakit kepala segala mcm mak nenek time raya tu.....haih. ni je gambar2 raya yg cik wieda amik...xde mood nak berposing2 tahun ni. huhu.....

dengan anak2 buah

my beloved family

my eldest niece

mak arab la pulakkk...hehe

d anak2 dara ;)



beraya umah ex-schoolmate (aishah)



nota kaki: puasa sebulan....sikit pun x kurus...... :(

Thursday, August 18, 2011

abg tahu x bila perempuan yang x tutup aurat akn mula menutup aurat?

adik: abg tahu x bila perempuan yang x tutup aurat akn mula menutup aurat?
abg: p haji la dik, masa kahwin, kan?
adik: salah, teka la lagi
abg: masa dh dpt hidayah Allah kn?
adik: salah,nak tahu jawapannya x, senang ja
abg: apa dia dik?

adik: tadi ustzh ckp kt sekolah, perempuan akn menutup auratnya apabila dia dikafankan,akn tutup buat selamanya

Tuesday, August 16, 2011

Korang terorr cube arrr

Ada sape2 dapat kire brp org dalam pic ni???? Salute la kalau uols dapat kira....hahahaha
berpusing2 kepala tengok.... :D



Parking la di tempat yg sepatutnya

ada sape2 yg pernah dpt 'love letter' camni x time parking 'haram' or blocking kete org? hahahaha...cool kan. Cik Wieda x pernah dapat tapi pernah bagi kat org....hahahaha. bagi kat mamat jiran sebelah umah cik wieda...cik wieda bengang la dia asyik parking kat depan umah cik wieda kan...padahal kdg2 depan umah diorang tu kosong je...tapi nk gak parking situ. So, satu malam tu cik wieda balik keje tgk dia parking situ lagi...dgn bengangnyer cik wieda pun karang la 'love letter' letak kt wiper kete dia. Lepas tu dia dah x parking situ lagi...kalau parking pun...nampak je cik wida balik cepat2 kawan dia panggil suruh alih kete....hahahahaha. Lepas tu bila terserempak dgn mamat tu cik wieda lak yg malu sendiri...hihi



Siapa kah pembunuh sebenar???

Salah sebuah katil di dalam bilik ICU sebuah hospital ternama kerap mengalami kejadian pelik.. Setiap pesakit yang ditempatkan disitu pasti akan meninggal pada setiap hari Jumaat pagi tanpa mengira umur, jantina atau tahap kesihatan mereka.. Perkara ini sangat membingungkan para doktor...Lalu para doktor memutuskan untuk memantau katil tersebut... Apabila tiba hari Jumaat yang berikutnya.. . beberapa doktor bersiap sedia untuk mengenal pasti penyebab kepada kematian di katil tersebut. Seorang pesakit lelaki sedang tidur di katil misteri. Masa berputar... pukul 08:00am.. 08:30am sehingga jam 9.00am... tiba-tiba ...... Pintu bilik ICU itu terbuka....Kemudian masuklah Makcik Bedah .... Seorang pekerja sambilan sebagai pencuci yang hanya bertugas setiap hari jumaat..Masuk... mendekati katil keramat tersebut... dan terus mencabut soket elektrik untuk alat bantuan pernafasan pesakit tersebut dan menggantikannya dengan 'plug vacum cleaner'nya. ..


Kejamnye makcik Bedah.......uwaaaaaa!!!!!!

What is your type :)



NEVER believe in 3 people : Sagittarius, Aries, Pisces. They are the most selfish and mean.
NEVER lose 3 people : Taurus, Cancer, Capricorn. They are the most sincere and true lovers.
NEVER leave 3 people : Virgo, Libra, Scorpio. They can keep secrets, friendship , and they can see your tears.
NEVER reject 3 people : Leo, Gemini, Aquarius .They are true, honest friends
 I am a VIRGO -->> what's urs??? ada sape2 Sagittarius, Aries, Pisces? hehe....
27th August --->> jgn lupe kasi hadiah ye...haha

Nurul & Iklan Aidilfitri

Assalamualaikum....

Semalam cik wieda ada terdengar soseh2 pasal si nurul ni yg pose sexy depan masjid. so, cik wieda pun tanya la pakcik google psl citer ni....

info yg cik wieda dpt dr en google adalah gambar d bawah ni haaaa....memang kurang sesuai lah pakaian nya dgn iklan Aidilfitri kannn.....tapi sebenarnya nurul ni mangsa keadaan oleh pihak pengiklan tu lah...but she has a right utk mempertahankan dr d eksploitasi. Kan dah mencemarkan keindahan bulan Ramadhan & Aidilfitri.....

nurul oh nurul



nota kaki: kenapa artis2 yg dah divorce mesti berpakaian sexy lepas cerai ek??? kalau x sexy...x buka sana sini xleh cari calon suami ke?

Thursday, August 11, 2011

Tipu muslihat KAFIR

Assalamualaikum......

Hari ni dah hari ke-11 berpuasa. Camne puasa uols? Ada terisi dgn aktiviti2 berfaedah tak atau sama je. hehehe....

Baru2 ni heboh pasal isu serbuan sebuah gereja kan & juga pasal 'HAJJAH SITT AL-WUZARA' yg menghina islam. Hangat lagi la citer ni skrg....kalau nak tau uols google je nama tu sure keluar.....


then...cik wieda terjumpa pula satu info. Kalau uols buka apa2 blog kan.....then uols buang huruf 's' dari perkataan 'blogspot' (cth: abc123.blogspot.com), buangkan 'S' yg kaler merah tu....cer tengok apa yg uols jumpa. MasyaAllah........jahatnya mereka ni.


-MEGA SITE OF BIBLE STUDIES-

sentiasa la kita berwaspada bila syok berinternet tu ye...mereka ni ada di mana2 saja nak menyesatkan umat islam. especially, pada ibu bapa awasi la anak2 anda.

semoga kita semua sentiasa berada dalam rahmatNYA. AMIN!!!




Tuesday, August 9, 2011

Tenkiu NUFFNANG & TGV ^,^

Sape nak tengok wayang dgn cik wieda??? cepat2...ada 4 free tiket ni. hehe......
tadi cik wieda dpt email dari NUFFNANG, kasi TGV muvi ticket 4 my birthday :)
bestnyerrrr........tapi kena g collect kat NUFFNANG ofis la pulak...KL nu!!!! hmmm.....ni yg malas sket. mesti ada kawan2 yg dah penah dapat camni kan? uols g amik x?

nanti kalau cik wieda dh g amik...cik wieda ajak la 3 org yg bertuah g tgk muvi dgn cik wieda ye...;)


Sunday, August 7, 2011

Semak Nama Daftar Pemilih

uols sume dah mendaftar ke sebagai pengundi??? hehe...cik wieda dah lama daftar sejak cukup umur layak mengundi. tapi, x pernah g mengundi pun...kalau uols nak cek nama uols, kt mana tpt mengundi leh la g kat SINI, masukkan nama IC je pastu submit.


Saturday, August 6, 2011

Apex oh apex!!!

Baru2 ni ramai yg terkejut dgn kisah apex (Khairul Fahmi Che Mat-penjaga gol Malaysia) yg memutuskan pertunangan dgn Elia. Cik Wieda pun tergejut jugak..bukan pe sbb xtau pun bila diorang ni bertunang. hehe......ye la, dulu x-tunangnya tu kan sgt teruja bercerita ttg en apexnya. Tiba2 putus d sebabkan en apex kononnya ada org ke3. Tapi...d nafikan oleh apex..katanye Dahlia tu mcm adik je baginya.....hmmmm...x taula mana yg betulkan..........tapi uols layan je lah pix bawah ni & nilaikan sendiri ye ;p

pic credit to Forom Cari & Oh Bulan

nota kaki: Ally Iskandar pun dh putus...leh la cik wieda masuk line. hahahaha



Wednesday, August 3, 2011

Kek cekelat oh kek cekelat


Al-kisahnya......cik wieda teringin sangat nk makan kek cekelat. Dari before puasa lagi dah teringin nak makan. Tapi, sampai hari ni x juga tercapai hasrat tu. huhu...

So, cik wieda rasa weekend ni nak try buat kek cekelat la...mmg x reti pun. Selalu wat guna tepung instant je, just follow instruction kat pack tu...konpem la jadi kan. hehe...ni nak try wat sendiri lak. kalau jadi leh wat utk raya...kalau x jadi beli yo lah kannnnnnnn!!!






Ahlan ya Ramadhan

Assalamualaikum

Alhamdulillah.....hari ni dah masuk hari ke-3 umat Islam seluruh dunia berpuasa. So, camne puasa uols tahun ni? Ada yg dah ponteng (tanpa kebenaran) ke? Apa pun, harap kita semua mendapat keberkatan Ramadhan kali ini. Who knows, mungkin ini Ramadhan terakhir untuk kita....







Monday, June 27, 2011

CHINA trip: day 2 (Shenzhen)

holaaaa.......
cuci sawang.....ngeh3...nak sambung citer jalan2 China part2...ada ke yg menunggu?? hehe...
malas siot nak bercerita kt blog ni...asik ketandusan idea jek ;p

hmm...okeh. let's continue 2 d main topic
|
|
|
|

~ DAY 2: Shenzhen ~

mcm entry for day 1...kitorang menggagau cari hotel tgh2 malam. so, pi mai pi mai around 2-3am la gak br tido. jadinyerrr, pagi tu weols bgn lewat la sket sbb kepenatan. lepas mandi & bekpes (nasi impit+rendang daging+nescafe panas) weols pun memulakan p'jalanan utk hari itu. destinasi: Window of the World (WOW). lbh kurang dkt kul 11am gak la weols br kuar dr hotel. hehe...

weols just jln kaki je dr hotel ke Metro (metro ni mcm LRT la kat KL), sbb kedudukan hotel kt belakang train station je.

ini lah laluan nak ke train station & Metro. laluan ke Hongkong jg :)
pastu terus beratur utk beli tiket Metro. tiket kena beli kat machine tau. pastikan ada duit kecil. tapi, jgn risau...machine ni ada bahasa english so xde lah masalah sgt nk baca instruction nya kan. tapi, mmg ramai org beratur nk beli tiket...tgk pic bawah ni pjg kan q? kat sini ada guard jaga, so kalau dia nampak mcm ada foreigner cepat2 dia dtg tunggu kat line yg kite q tu. bila sampai our turn dia akn tanya nk p mana & dia tlg tekan2 kat machine tu....tapi, mandarin speaking lorrr. hehe


tambang nak ke WOW if x salah RMB2.50 & perjalanan dlm 20min camtu la.

ni dlm Metro...klu takut terlepas station leh tgk kt route tu...dia akn tjk dh sampai kat stesen mana :)

dah sampai kat WOW stesen tu weols trs cari signboard nak exit. x susah pun...lepas dh masukkan token kat exit gate tu jalan ikut laluan nak ke WOW, pastu naik escalator...haaa...sampai la ke WOW. posing2 sket kat luar tu, beli topi sbb panas gak la time tu......pastu g beli tiket masuk. lain2 uols layan je lah some of d pic below. it tells everything what is WOW and what inside...hehe




























kalau rasa penat nak jalan leh la naik ulat ni...pusing satu WOW. rate pn agak reasonable rasanya






weols kat dlm tu dekat setengah hari gak la, mmg lenguh la kaki jalan. besar gilerr tpt tu...tu pun weols x abis round. hehe...kiranya weols cover about 95% la...then lbh kurang kul 6pm weols pn balik & singgah d Dongmen Pedestrian Street. tapi, x berapa tertarik sgt nak soping kat sini, just beli selipar jek. hehe...

about 8pm, sampai hotel..mandi,solat,makan,tidur....esok kena bgn awal sbb nak ke Hong Kong....



apa citer kat Hong Kong? tunggu next entry k :)