Sunday, December 23, 2012

Dugaan & Ketabahan

hidup ini takkan pernah lari dari dugaan. selagi kita hidup...dugaan bersilih ganti sehinggalah kita menutup mata. dah mati pun belum tentu habis masalah...kesulitan saat ajal menjemput, kesulitan di dalam kubur dan alam selepas itu. so, janganlah mengeluh dengan setiap dugaan yg kita hadapi. takde org yg x pernah ada masalah. cuma, yang membezakan samada masalah kecik atau besar dan macamana kita nak menghadapinya. secara bijak atau ikut perasaan.

sama juga macam saya, dugaan tak pernah putus. ada yg biasa2 dan ada yang saya sendiri tak pernah terfikir semua ni akan berlaku pada diri saya. when it's happen, memang terduduk lah sekejap, lidah kelu tak mampu berkata, otak kosong tak mampu nak berfikir dah. memang beristighfar banyak lah & mohon kekuatan & petunjuk dari Allah s.w.t...supaya di permudahkan segala urusan.

macam sekarang, saya tengah melalui satu dugaan yang boleh tahan hebat & masih belum selesai. some of friends yg tahu tertanya2 macamana saya mampu utk lalui semua ni bila diorang tengok saya seperti takde masalah. bila jumpa saya, saya sentiasa tersenyum, gelak ketawa seperti biasa...memang muka saya tak menunjukkan saya tengah ada masalah yg sangat besar. dan bila diorang tahu, mmg diorang tergejut sangat sbb kalau mereka yg melalui semua ni memang dah hampir bunuh diri kot. sama juga dengan my family...my brother pun pernah cakap saya macam tak kisah & tak fikir tentang masalah saya sedangkan mereka semua dah risau sangat. berat mata memandang berat lagi bahu memikul.....sapelah yg tak runsing bila terkena batang hidung sendiri pulak tu kan.

sebenarnya, sebelum kawan2 terdekat & family tahu masalah yg saya hadapi, saya dah cukup rasa stress, give up....rasa macam dunia dah nak berakhir. menangis...menangis...menangis...tapi hanya dalam bilik sbb tu takde org tahu. saya menangis sepuas2nya sampai dah tak mampu utk menangis lagi. saya berdoa minta di berikan petunjuk, kekuatan, ketabahan, kesabaran utk saya melalui semua ini. Alhamdulillah, berkat kesabaran....saya masih terus tabah hingga ke saat ini. walaupun kadang2 ada hari yg rasa macam teruk sangat....saya hanya tersenyum, tarik nafas, beristighfar....dan yang paling penting sentiasa berfikiran positif. dan saya terus berharap, semoga segalanya selesai dgn baik. AMIN :)



Friday, December 21, 2012

Adam & Hawa VS Dalam Hati Ada Taman

start minggu ni kena keje shift 4pm-1am sampai hujung tahun. actually, ni first time keje shift...keje kat US based company and kena support account UK. so sekarang ni end quarter, heavy workload, comp kat UK minta real time hours support. dats why kena keje shift hour. but, ok gak...petang2 dah x ramai org. boleh la buat keje dgn tenang, aman & tenteram. hehe

ni baru sampai rumah @ 1.30am. bergegas on laptop nak tgk citer "Adam & Hawa" episod 68. memang x pernah miss follow citer ni. tapi,  takleh tgk la pulak....frust betul. x dapat la tgk adam malam ni. memang touching kot tgk since adam & hawa bila dah jadi suami isteri. tersentuh naluri kewanitaan i tau. hehe...


ada satu lagi cerita yg boleh tahan best gak..."Dalam Hati Ada Taman". ada Randy Pangalila yang hensem tu. auwww...suwit sangat. oppsss...sorry terpoyos sikit :p

 







Thursday, December 20, 2012

Camwhoring

ME#camwhoring#boring#traffic light#red light#

Songs in my HEART

lagu2 yang menyentuh di hati saya by ranking....bila dengar memang bisa mengalir air mata kalau ter over feeling mengimbas kenangan pahit...huhu

well....life must go on...kisah lalu sebagai pengalaman & pengajaran untuk terus melangkah ke hadapan. wish for a better life now and after. Amin :)


Bila Cinta - Gio - A Tribute to Lisa Surihani



Terpanah Asmara - Bunga Cinta Lestari



Selalu Milikmu - Randy Pangalila & Marsha Londoh







Wednesday, December 19, 2012

Tuesday, December 18, 2012

SINGAPORE Trip (part 1)

Weekend Getaway!!!
hari tu saya ada post pasal unplanned trip to singapore kan. so, weekend haritu 15-16 december weols dah selamat pergi dan balik. trip kali ni memang not proper organized. normally, i will be the itinerary planner kalau pergi mana2 vacation. but, this time memang kesuntukan masa nak survey. huhu...everything last minute.

duit pun petang tu baru terhegeh2 tukar. nasib baik la kat bawah office ada money changer. so tukar RM600 je, rate hari tu 2.53

ok...we went by train KTMB on Friday, 14th december. train bertolak dari KL Sentral around 1130pm ke Woodlands CIQ...sampai dalam 6.45 pagi. weols amik upper bed, lower bed sume dah sold out time nak beli tu. harga tiket RM40...kalau lower bed RM46.



actually ni first time dok upper bed. sebelum ni kalau blk kg naik train beli lower bed. kalau bawa banyak barang leceh sikit la nak panjat2 kan. tp, weols backpackers je :)

sampai kat JB Sentral, train akan stop untuk passport checking. masa tu, terjaga dari tidur dengar passenger cina tu dok cakap passport dgn kaum kerabat dia...so ingatkan kena turun p cek passport la. sebab kalau naik bas kan kena turun. saya pun kejut la siti & kakcik nak ajak p cek passport. rupa2nya tak payah turun pun. pegawai imigresen tu dtg cek sorang2...hehe. dah habis cek semua penumpang...train terus ke woodlands. kejap je, dlm 15 minit je kot dah sampai. kat sini sekali lagi kena imigresen checking..ni biasa la singapore punya pulak. cop passport semua, isi form putih tu. dah settle semua, weols nak cari surau nak solat subuh...tapi takde. tak solat subuh la weols pagi tu. huhu...then, terus keluar nak cari stesyen MRT. tapi takde...kena naik bas atau teksi ke stesyen MRT terdekat. weols nak ke MRT Kranji. nak naik bas takde coin, ye lah baru sampai kan...duit besar2 lagi..hehe. so, we decided to take taxi. weols tahan je taxi yang lalu situ...tapi semua takmau amik...heran betul. semua orang tengok je weols. rupa2nya, kena queue....tak bole suka2 hati kalau tak kena saman. hahaha...mana la tau. 

dah dapat taxi, weols ke stesyen MRT Kranji utk ke hostel. tambang taxi SGD4.50
kat situ ingat nak beli tourist pass, senang nak naik MRT tak payah nak beli setiap stesyen yg turun kan. tanya kat kaunter, tak jual kat situ. kena beli kat Orchard. So, ok lah weols just beli single tiket ke Nicoll Highway untuk ke hostel.

nak tahu kat mana weols stay and next story? tunggu part 2 ye...mata dah nagantuk :p




Kasih Seorang Ayah

Terjumpa satu post ni kat FB. Bila baca teringat arwah ayah (Al-Fatihah). Bila tengok pic pakcik ni, terbayang zaman sekolah & kecik2 dulu. Saya dari keluarga yg susah. Ayah pesawah je, takde kereta. Hanya ada sebiji moto. Kami 3 beradik, saya yg bongsu perempuan dan 2 org abang. Kami bertiga sekolah berasrama. So, bila nak pergi & pulang dr asrama mesti bawa beg besar. Especially saya lah, abang2 selalu balik sendiri naik bas. Macam ni lah, ayah bawa moto...ada beg di depan, saya duduk di belakang dgn bag juga. Kadang2 bila hujung tahun nak cuti sekolah, lagi la banyak barang nak di bawa balik. Dengan moto lah ayah uruskan semua. Kadang2 saya taknak menyusahkan ayah, nak balik sendiri naik bas tapi ayah tak izinkan. Bila habis sekolah, masuk universiti....ayah minta tolong kawan ayah yg ada kereta hantar ke UiTM atau ayah pinjam & hantar sendiri. Ini bila nak start semester dgn habis semester je lah. Then, dah masuk semester 3 kalau x salah, ayah dah pakai kereta. Abang tolong bayarkan down payment sebab dia dah kerja. Kereta iswara second hand je. Alhamdulillah, baru mudah sikit nak bergerak. Rindu sangat kat ayah.....dah 5 tahun lebih pemergian ayah.


Demi anak pakcik ni sanggup menghantar anaknya. mereka tinggal di gombak dan hantar anaknya di IPG melaka.
nak di jadikan cerita pakcik ni tersalah jalan masuk seremban dari gombak dan terus ikut bukit putus melalui kuala pilah untuk ke melaka melalui tampin. katanya lagi,mereka berdua beranak bertolak dari gombak pukul 3 pagi dan bersolat subuh di nilai kemudian meneruskan perjalananan dan sarap

an di kuala pilah.
Mendengar cerita pakcik ni, dlm hati aku berkata, "balik dari melaka ni aku akan ikut jalan blk ke seremban ikut jalan yg pacik ni lalui td" ... bila sudah abis selesai di IPG (instutut perguruan), blk ja terus ikut jln tersebut iaitu dr melaka ke seremban melalui tampin dan kuala pilah. Boleh tahan juga jalan tersebut dgn selekohnya yg tajam dan lory lagi......

cuba kita bayangkan pakcik ni dgn anaknya melalui jalan ni dgn beg dan bekalan mereka....sebak hati bila mendengar cerita pakcik ni...
di kesempatan ini aku sendiri mempelawa pakcik ni pada ari jumaat ini "pakcik tak perlu la amik anak pakcik, nti saya akan hantarkan anak pakcik sekali ke gombak"....
sayu hati lihat wajah seorg ayah yg sanggup bersusah payah utk anaknya agar anaknya sentiasa berjaya depan matanya sendiri...
semoga Allah memberi rezki yg melimpah ruah pada keluarga pakcik ni....
pada semua,hargai la ayah, bapa, walid, dady, papa, baba kita selagi mereka masih hidup... kasih mereka tidak pernah luntur utk kita yg bernama anak.



Monday, December 3, 2012

Saya nak ke SINGAPORE

Assalamualaikum

wowww...dah agak lama tak bercerita pasal hal personal kat blog ni ye. bukan kata personal, business pun x sempat nak update kt sini. hahahha...teruk betul lah....bersawang sepanjang masa. ye lah...mana taknya...kat ofis ada quota nak access blog...60 minute je?? ada ke patut...so mood pun berterbangan dgn riang-ria membelah awan nan biru....wakakaka...

okeh2...back to d topic. 15-16 dec ni me & my other 2 girlfriend nak g jalan2 kt singapore. this is unplanned trip. well..biasalah saya kan suke camtu...bukan jenis yg plan2...mai time otak gila + sewel terus je buat immediate decision. hehe..

kisahnye last week la...saya rasa sangat la STRESS x leh blah...rasa macam nak lari ke satu tempat tp xtau mana...so suggest kt kawan2 nk p bercuti...nk p island skrg tgh musim hujan...so plan la nk ke singapore. survey2 tiket sume...booked!! hahaha

so..we will go by train from KL Sentral and balik by Air Asia. biasalah, bila last minute punya plan...so costly la sket kan...so terpaksa la cari budget the best. final..all tiket pergi balik, hostel, voucher masuk sentosa island utk sorang around RM300. 

ok...persoalannya sekarang. nak tanya pendapat uols yg dah biasa dgn selok-belok singapore tu kan (xtau la ada ke org nk bg pendapat ni, maklumlah blog x femes amos..huhu)...weols sampai kat woodlands CIQ 6.30am. camne weols nk start gerak & nk ke mana dulu? saya mmg x sempat nk wat deep survey sbb busy sgt skrg..yg i tahu...kena ke keranji utk beli tourist pass. tapi weols kena ke orchard road utk collect tiket sentosa island, travel agent buka jam 10pagi..then hostel lak kat bugis. so...what is the best way weols nk arrange our trip? 

soalan????
1. sampai kat woodlands 6.30am - boleh ke mandi2 kat situ nk tukar pakaian/solat/breakfast?
2. terus ke hostel simpan beg dulu ke (sbb check in 3pm) or pergi orchard road amik tiket sentosa island dulu?
3. aktiviti utk hari tu ke sentosa island je (siang)
4. aktivit malam belum decide
5. next day jalan2 round singapore + shopping...flight balik 11.35pm

sangat2 mengharapkan idea anda2 semua. terima kasih byk2 :)