Sunday, December 23, 2012

Dugaan & Ketabahan

hidup ini takkan pernah lari dari dugaan. selagi kita hidup...dugaan bersilih ganti sehinggalah kita menutup mata. dah mati pun belum tentu habis masalah...kesulitan saat ajal menjemput, kesulitan di dalam kubur dan alam selepas itu. so, janganlah mengeluh dengan setiap dugaan yg kita hadapi. takde org yg x pernah ada masalah. cuma, yang membezakan samada masalah kecik atau besar dan macamana kita nak menghadapinya. secara bijak atau ikut perasaan.

sama juga macam saya, dugaan tak pernah putus. ada yg biasa2 dan ada yang saya sendiri tak pernah terfikir semua ni akan berlaku pada diri saya. when it's happen, memang terduduk lah sekejap, lidah kelu tak mampu berkata, otak kosong tak mampu nak berfikir dah. memang beristighfar banyak lah & mohon kekuatan & petunjuk dari Allah s.w.t...supaya di permudahkan segala urusan.

macam sekarang, saya tengah melalui satu dugaan yang boleh tahan hebat & masih belum selesai. some of friends yg tahu tertanya2 macamana saya mampu utk lalui semua ni bila diorang tengok saya seperti takde masalah. bila jumpa saya, saya sentiasa tersenyum, gelak ketawa seperti biasa...memang muka saya tak menunjukkan saya tengah ada masalah yg sangat besar. dan bila diorang tahu, mmg diorang tergejut sangat sbb kalau mereka yg melalui semua ni memang dah hampir bunuh diri kot. sama juga dengan my family...my brother pun pernah cakap saya macam tak kisah & tak fikir tentang masalah saya sedangkan mereka semua dah risau sangat. berat mata memandang berat lagi bahu memikul.....sapelah yg tak runsing bila terkena batang hidung sendiri pulak tu kan.

sebenarnya, sebelum kawan2 terdekat & family tahu masalah yg saya hadapi, saya dah cukup rasa stress, give up....rasa macam dunia dah nak berakhir. menangis...menangis...menangis...tapi hanya dalam bilik sbb tu takde org tahu. saya menangis sepuas2nya sampai dah tak mampu utk menangis lagi. saya berdoa minta di berikan petunjuk, kekuatan, ketabahan, kesabaran utk saya melalui semua ini. Alhamdulillah, berkat kesabaran....saya masih terus tabah hingga ke saat ini. walaupun kadang2 ada hari yg rasa macam teruk sangat....saya hanya tersenyum, tarik nafas, beristighfar....dan yang paling penting sentiasa berfikiran positif. dan saya terus berharap, semoga segalanya selesai dgn baik. AMIN :)



Friday, December 21, 2012

Adam & Hawa VS Dalam Hati Ada Taman

start minggu ni kena keje shift 4pm-1am sampai hujung tahun. actually, ni first time keje shift...keje kat US based company and kena support account UK. so sekarang ni end quarter, heavy workload, comp kat UK minta real time hours support. dats why kena keje shift hour. but, ok gak...petang2 dah x ramai org. boleh la buat keje dgn tenang, aman & tenteram. hehe

ni baru sampai rumah @ 1.30am. bergegas on laptop nak tgk citer "Adam & Hawa" episod 68. memang x pernah miss follow citer ni. tapi,  takleh tgk la pulak....frust betul. x dapat la tgk adam malam ni. memang touching kot tgk since adam & hawa bila dah jadi suami isteri. tersentuh naluri kewanitaan i tau. hehe...


ada satu lagi cerita yg boleh tahan best gak..."Dalam Hati Ada Taman". ada Randy Pangalila yang hensem tu. auwww...suwit sangat. oppsss...sorry terpoyos sikit :p

 







Thursday, December 20, 2012

Camwhoring

ME#camwhoring#boring#traffic light#red light#

Songs in my HEART

lagu2 yang menyentuh di hati saya by ranking....bila dengar memang bisa mengalir air mata kalau ter over feeling mengimbas kenangan pahit...huhu

well....life must go on...kisah lalu sebagai pengalaman & pengajaran untuk terus melangkah ke hadapan. wish for a better life now and after. Amin :)


Bila Cinta - Gio - A Tribute to Lisa Surihani



Terpanah Asmara - Bunga Cinta Lestari



Selalu Milikmu - Randy Pangalila & Marsha Londoh







Wednesday, December 19, 2012

Tuesday, December 18, 2012

SINGAPORE Trip (part 1)

Weekend Getaway!!!
hari tu saya ada post pasal unplanned trip to singapore kan. so, weekend haritu 15-16 december weols dah selamat pergi dan balik. trip kali ni memang not proper organized. normally, i will be the itinerary planner kalau pergi mana2 vacation. but, this time memang kesuntukan masa nak survey. huhu...everything last minute.

duit pun petang tu baru terhegeh2 tukar. nasib baik la kat bawah office ada money changer. so tukar RM600 je, rate hari tu 2.53

ok...we went by train KTMB on Friday, 14th december. train bertolak dari KL Sentral around 1130pm ke Woodlands CIQ...sampai dalam 6.45 pagi. weols amik upper bed, lower bed sume dah sold out time nak beli tu. harga tiket RM40...kalau lower bed RM46.



actually ni first time dok upper bed. sebelum ni kalau blk kg naik train beli lower bed. kalau bawa banyak barang leceh sikit la nak panjat2 kan. tp, weols backpackers je :)

sampai kat JB Sentral, train akan stop untuk passport checking. masa tu, terjaga dari tidur dengar passenger cina tu dok cakap passport dgn kaum kerabat dia...so ingatkan kena turun p cek passport la. sebab kalau naik bas kan kena turun. saya pun kejut la siti & kakcik nak ajak p cek passport. rupa2nya tak payah turun pun. pegawai imigresen tu dtg cek sorang2...hehe. dah habis cek semua penumpang...train terus ke woodlands. kejap je, dlm 15 minit je kot dah sampai. kat sini sekali lagi kena imigresen checking..ni biasa la singapore punya pulak. cop passport semua, isi form putih tu. dah settle semua, weols nak cari surau nak solat subuh...tapi takde. tak solat subuh la weols pagi tu. huhu...then, terus keluar nak cari stesyen MRT. tapi takde...kena naik bas atau teksi ke stesyen MRT terdekat. weols nak ke MRT Kranji. nak naik bas takde coin, ye lah baru sampai kan...duit besar2 lagi..hehe. so, we decided to take taxi. weols tahan je taxi yang lalu situ...tapi semua takmau amik...heran betul. semua orang tengok je weols. rupa2nya, kena queue....tak bole suka2 hati kalau tak kena saman. hahaha...mana la tau. 

dah dapat taxi, weols ke stesyen MRT Kranji utk ke hostel. tambang taxi SGD4.50
kat situ ingat nak beli tourist pass, senang nak naik MRT tak payah nak beli setiap stesyen yg turun kan. tanya kat kaunter, tak jual kat situ. kena beli kat Orchard. So, ok lah weols just beli single tiket ke Nicoll Highway untuk ke hostel.

nak tahu kat mana weols stay and next story? tunggu part 2 ye...mata dah nagantuk :p




Kasih Seorang Ayah

Terjumpa satu post ni kat FB. Bila baca teringat arwah ayah (Al-Fatihah). Bila tengok pic pakcik ni, terbayang zaman sekolah & kecik2 dulu. Saya dari keluarga yg susah. Ayah pesawah je, takde kereta. Hanya ada sebiji moto. Kami 3 beradik, saya yg bongsu perempuan dan 2 org abang. Kami bertiga sekolah berasrama. So, bila nak pergi & pulang dr asrama mesti bawa beg besar. Especially saya lah, abang2 selalu balik sendiri naik bas. Macam ni lah, ayah bawa moto...ada beg di depan, saya duduk di belakang dgn bag juga. Kadang2 bila hujung tahun nak cuti sekolah, lagi la banyak barang nak di bawa balik. Dengan moto lah ayah uruskan semua. Kadang2 saya taknak menyusahkan ayah, nak balik sendiri naik bas tapi ayah tak izinkan. Bila habis sekolah, masuk universiti....ayah minta tolong kawan ayah yg ada kereta hantar ke UiTM atau ayah pinjam & hantar sendiri. Ini bila nak start semester dgn habis semester je lah. Then, dah masuk semester 3 kalau x salah, ayah dah pakai kereta. Abang tolong bayarkan down payment sebab dia dah kerja. Kereta iswara second hand je. Alhamdulillah, baru mudah sikit nak bergerak. Rindu sangat kat ayah.....dah 5 tahun lebih pemergian ayah.


Demi anak pakcik ni sanggup menghantar anaknya. mereka tinggal di gombak dan hantar anaknya di IPG melaka.
nak di jadikan cerita pakcik ni tersalah jalan masuk seremban dari gombak dan terus ikut bukit putus melalui kuala pilah untuk ke melaka melalui tampin. katanya lagi,mereka berdua beranak bertolak dari gombak pukul 3 pagi dan bersolat subuh di nilai kemudian meneruskan perjalananan dan sarap

an di kuala pilah.
Mendengar cerita pakcik ni, dlm hati aku berkata, "balik dari melaka ni aku akan ikut jalan blk ke seremban ikut jalan yg pacik ni lalui td" ... bila sudah abis selesai di IPG (instutut perguruan), blk ja terus ikut jln tersebut iaitu dr melaka ke seremban melalui tampin dan kuala pilah. Boleh tahan juga jalan tersebut dgn selekohnya yg tajam dan lory lagi......

cuba kita bayangkan pakcik ni dgn anaknya melalui jalan ni dgn beg dan bekalan mereka....sebak hati bila mendengar cerita pakcik ni...
di kesempatan ini aku sendiri mempelawa pakcik ni pada ari jumaat ini "pakcik tak perlu la amik anak pakcik, nti saya akan hantarkan anak pakcik sekali ke gombak"....
sayu hati lihat wajah seorg ayah yg sanggup bersusah payah utk anaknya agar anaknya sentiasa berjaya depan matanya sendiri...
semoga Allah memberi rezki yg melimpah ruah pada keluarga pakcik ni....
pada semua,hargai la ayah, bapa, walid, dady, papa, baba kita selagi mereka masih hidup... kasih mereka tidak pernah luntur utk kita yg bernama anak.



Monday, December 3, 2012

Saya nak ke SINGAPORE

Assalamualaikum

wowww...dah agak lama tak bercerita pasal hal personal kat blog ni ye. bukan kata personal, business pun x sempat nak update kt sini. hahahha...teruk betul lah....bersawang sepanjang masa. ye lah...mana taknya...kat ofis ada quota nak access blog...60 minute je?? ada ke patut...so mood pun berterbangan dgn riang-ria membelah awan nan biru....wakakaka...

okeh2...back to d topic. 15-16 dec ni me & my other 2 girlfriend nak g jalan2 kt singapore. this is unplanned trip. well..biasalah saya kan suke camtu...bukan jenis yg plan2...mai time otak gila + sewel terus je buat immediate decision. hehe..

kisahnye last week la...saya rasa sangat la STRESS x leh blah...rasa macam nak lari ke satu tempat tp xtau mana...so suggest kt kawan2 nk p bercuti...nk p island skrg tgh musim hujan...so plan la nk ke singapore. survey2 tiket sume...booked!! hahaha

so..we will go by train from KL Sentral and balik by Air Asia. biasalah, bila last minute punya plan...so costly la sket kan...so terpaksa la cari budget the best. final..all tiket pergi balik, hostel, voucher masuk sentosa island utk sorang around RM300. 

ok...persoalannya sekarang. nak tanya pendapat uols yg dah biasa dgn selok-belok singapore tu kan (xtau la ada ke org nk bg pendapat ni, maklumlah blog x femes amos..huhu)...weols sampai kat woodlands CIQ 6.30am. camne weols nk start gerak & nk ke mana dulu? saya mmg x sempat nk wat deep survey sbb busy sgt skrg..yg i tahu...kena ke keranji utk beli tourist pass. tapi weols kena ke orchard road utk collect tiket sentosa island, travel agent buka jam 10pagi..then hostel lak kat bugis. so...what is the best way weols nk arrange our trip? 

soalan????
1. sampai kat woodlands 6.30am - boleh ke mandi2 kat situ nk tukar pakaian/solat/breakfast?
2. terus ke hostel simpan beg dulu ke (sbb check in 3pm) or pergi orchard road amik tiket sentosa island dulu?
3. aktiviti utk hari tu ke sentosa island je (siang)
4. aktivit malam belum decide
5. next day jalan2 round singapore + shopping...flight balik 11.35pm

sangat2 mengharapkan idea anda2 semua. terima kasih byk2 :)

Monday, September 24, 2012

Poppy - PopLook Madness

Assalamualaikum
Happy Monday uolsss
no mooday okey..hehe ;)

POPLOOK?????? oh yes...remaja2 d luar sana mesti ramai yg kenal sangat2 dgn POPLOOK kan? perhaps, ada yg addicted kot. hehehe...btw, POPLOOK ni jual pakaian online and terkenal dgn dress yang cun2, trendy gitewwww. u can checkout the website HERE

i've know about the website years ago. cuma, x tergerak hati nak bershopping d situ. but, recently sejak2 mula nak ubah penampilan muslimah sket, found out this website back. hoyehhhhhhh ;)
so, last month i bought 3 dresses and 1 outer inner. auwww...amik ko. sekali shopping 4 baju terus. InsyaAllah, sket2 beli baju yg sopan...baru la sedap mata memandang. Tak guna bertudung tapi baju just balut tubuh je kan....huhu. bulan ni budget tight sket, so maybe nak shop tudung yang besar2 je...baju next month lak :P


TALL Matilda Maxi Dress - Navy
TALL Matilda Maxi Dress - Navy
RM 86.00
dress ni belum pakai lagi.. :)

Crop Bubble Sleeve Blouse - Brown
Crop Bubble Sleeve Blouse
RM 66.00
ni dah banyak kali pakai...hehe


Spring Print Dress
RM 59.00
dress ni xde dah pic asal dalam website...tp agak senteng sket sbb saiz biasa kot, so kena beli TALL next time.


Ophelia Maxi Dress - Mustard
Ophelia Maxi Dress
RM 69.00
yang ni saya suka sangat...selesa & besar. baru sekali pakai :)


ni time pakai ophelia dress g wedding ofis mate aritu. tapi nampak gemuk dlm ni sebab belt tu dh melurut ke bawah...maklumlah lepas makan, perut pun dh kenyang kan. hehe....



Saturday, September 22, 2012

Unknown Friend Request (FB)

Assalamualaikum
salam sabtu & selamat bercuti hujung minggu
but me...x cuti pun. have to work...now kat ofis, rest jap tulis blog. ngeh ngeh ngeh...tengah practise at least 1 entry sehari supaya labah2 x wat sarang & mengasah skill menulis. haha...since dah tau cara post entry thru email so senang la sket ye dok :p

wahai pembaca2 blog...adakah d kalangan kalian tidak mempunyai FACEBOOK atau FB? memang salute lah kat uols yg berjiwa moden tapi xde FB nih...kira jiwa kental la tuh. hehe...

btw...refer to the subject matter, uols selalu accept je ke semua friend request kat FB tu? in my friend request list now ada lebih kurang 30++ pending. idok ler banyak pun....ambe ni idok le femes amous mace retis ye dok? huhu...just sometimes mcm in doubt gak la kan bila ada fren request yg really unknown tu. bila tgk xde mutual fren...then account lak baru sangat create..pas tu yang lg pelik tu kadang2 fren list pun xde lagi means kite la org 1st kan...profile pic pun xde...jgn harap la nak approve kan. at least ko bagi salam introduce sape empunya diri tu, insyaAllah boleh la d pertimbang kan.... :p

so, i memang not simply approve la especially lelaki klu x dapat d kenal pasti asal usul mu. muahahahahahaaaaa.....ayat x leh blah la lu. hua hua hua...well, learnt from experience rite? sumtimes, ada yg request sbb business purposes...but if really it is, just like my page... :)

so...menambah kenalan tu x salah malah bagus sekali...tapi harus berhati2 dalam memilih kenalan. betul tak? sape berani kata x betul...come & see me. ahaks :p



with BFF


Friday, September 21, 2012

AA promo - Next Vacation

Assalamualaikum

yeeehaaaaaa

sekarang ni AirAsia (AA) tengah wat promo free seat. start 18hb aritu for domestic and 20hb international. at first, saya xde planning nak ke mana2 pun..ye lah keadaan agak kurang stabil sekarang ni kan. so, malas nak fikir nak jalan2 ni. then, suddenly my BFF tanya x nak p mana2 ke promo domestic? she suggest tawau and me suddenly jadi excited...terus ok je. huhu....that's why saya ni jenis x boleh nak planning sangat....main gamble je baru la jadi. kalau dok planning bagai confirm lambat la nak bergeraknye....or x begerak2 lansung. hehe..

but, saya dah lama teringin sangat nak ke kundasang yg terletak di kota kinabalu. jadinye, suggest la kt bff g KK instead of Tawau lagipun dia dh penah g tawau tu. Tawau pun actually in my list gak sebab nak ke pulau2 yang cantik tu. But, maybe next time :)
so, lepas compare2 tix price & everything...weols decided to KK. yeaaaayyyyyyyyyyyyyyy....and the trip in May next year..we got the price RM170++ per person.

terubat la sket rasa kecewa d hati x dapat ke Krabi..uwaaaaaa. suppose, 26 - 29 sept ni ke krabi. tapi, atas sebab2 yg x dpt d elakkan plus x dpt cuti sebab quarter closing terpaksalah burn je tix itewwww. uwaaaa lagi :((
krabi pun one of my wishlist jugak...maybe belum rezeki lagi nak ke sana tu. ok...next time wieda :)


i thought that's it and i forgot about international promo on the 20th. tup2..pagi2 tu bff call tanya ada tengok x semalam? memang x tengok la...lansung x ingat dengan penatnye malam tu balik keje lambat terus pengsan tido.

then, pagi tu sampai ofis...1st thing on pc buka web AA (wahhhh...kau..mmg pekerja contoh!! alahhh...uols pun sama kan. eheks :p). bff suggest beijing....tp hati ni mcm x tertarik lak sbb thn lepas baru g china (guangzhou & shenzhen). terasa mcm nk ke Aussie...wahhhh. this is unplanned ok. idea mengejut je ni. selalunya mesti akan survey dulu tempat yg best then baru tgu promo. ni lansung x wat research ape2. hentam saja lah labuuuuuuuuu...

Aussie...x sure mana tempat yg best. yg selalu dengar perth, gold cost, sydney, melbourne. tapi x terasa nak ke perth & gold cost tu sbb dah selalu sangat dengar orang ke sana. hik..hik..hik.. naluri hati berkata2 sydney or melbourne. cewahhhh...naluri la sangat...but, x tahu lansung apa yg best kt tempat ni, seriously xde idea lansung. saya suggest sydney...sambil2 fikir tu google info pasal sydney & melbourne and also tix prices. hasil google2 tu....keputusannya adalah MELBOURNE....we got the price for RM800++ per person. i dunno mahal ke murah coz x penah survey pun before this. the trip will be in September 2013. setahun lagi beb...sempat nak simpan duit...insyaAllah. tadi...browsing info...ingatkan journey from KL - Melbourne around 4-5 hours je...roper2nye...dekat 8 jam oiiiiii. waduhhhh....kematu punkoq cek. hahahaha


and now...dah start wat itinerary and etc and of coz i feel so excited and x sabaq!!!!


Wednesday, September 19, 2012

Testing (via email)

ni saje2 nak try post entry dari email. 
if it works...then senang la sket nak up entry. 
kat ofis baru ni...x leh buka blog. ada quota limit lak. huhu

Monday, September 17, 2012

27.08.12 ---> happy birthday to me :)

yeah...this is the pending story. hehehe...
well...not even 1 month yet :p

so...it was my birthday (happy belated) on the august 27th...yang ke??????? cuba anda teka......age is just the numbers the most important what u have achieve!!! right ;)

ok...as usual i x expect anything pun on that dat coz all this while x penah pun celeberate mcm org lain. sedih kan....sob...sob..sob..

tapi, rasa terharu lak this time my colleague belikan cake. thanks a lot guys...tapi hadiah xde la. hahaha....ada ke sapa2 nak kasi hadiah kat i? sila lah...d alu2 kan. hehe

and below the pictures taken on dat day...enjoy!!

hmmm...gelak besau birthday gal ye...hepi sgt le tu


No Topic ;)

Assalamualaikum
Selamat hari isnin
selamat bercuti

hehehe

apa program uols cuti 3 hari ni? mesti ramai yg spent time dgn family, kawan2 and org tersayang kan? baguslah...saya pun pernah suatu masa bila cuti je mesti dah plan macam2 utk spent time wit d love one. hepi sgt time tu...but now...cuti ke x cuti ke sama je. tambah lak sekarang ni mmg busy giler kat office...asyik lah ot jer. weekdays ot sampai 8-9pm. sabtu pun ot..this week sabtu - ahad ot. memang penaaaatttttt sangat. huhu....so, arini rasa best gilerrr dapat rest satu hari kat umah without any plan. boleh tengok movie, baca artikel & mcm2 lagi. syiokkkkk...hehe

actually...banyaaakkkkk sgt nak citer kt blog ni. dalam sibuk2 keje pun mcm2 aktiviti yg buat. InsyaAllah, saya cuba post apa yg patut arini...saje nak share dgn kawan2. walaupun x seberapa tapi ia satu memori...nanti dah tua2 boleh la selak2 kat blog ni. mengimbas kenangan gitewww....cewahhhh

Wednesday, September 5, 2012

Tuesday, September 4, 2012

S.M.I.L.E

apa pun yg terjadi....

'KEEP SMILING'

^_^


banyak hati yg terluka kerana sikap ku akhir2 ini.
MAAFKAN aku.
aku x dapat menyenangkan hati semua orang.
aku hanya manusia biasa.
kadang2 aku terpaksa buat orang membenci diriku.
hanya aku yang tahu sebab kenapa & mengapa aku buat begitu.
biarlah menjadi rahsia hidupku.
yang pasti...saat ini adalah perjalanan berduri hidupku.
TERIMA KASIH yg memberi sokongan.
seribu KEMAAFAN ku pohon pada yg telah TERLUKA kerana aku.
biarlah anda terus membenci diriku.
mungkin itu yg terbaik.


Tuesday, August 28, 2012

RIMAS

aku rimas bila ada org yg suka busy body...nak amik tau sume hal pasal aku. tanya tu tanya ni...hal remeh temeh pun nak kepoci. kalau tanya2 boleh membantu xpe la jugak. ni tanya2 menyibuk je...

apa aku nak buat suka hati aku la...tak payah la nak sibuk tanya kenapa aku wat tu kenapa aku wat ni, kenapa macam tu kenapa macam ni. 

sesungguhnya aku xde masa la nak melayan soalan2 remeh-temeh ni. banyak hal lain yg penting lagi aku nak fikir. helo kawan....dalam kain lu dah terjaga rapi ke nak sibuk masuk tengok dalam kain org!!!

everything i did, must be a reason behind that. and...not all the things i can tell to everybody!!! also, our life for each of us are not the same. perjalanan hidup kita masing2 adalah berbeza....kau melalui jalan yg berbeza dan aku melalui jalan yg berbeza. so, don't expect apa keputusan yang aku buat akan sama dgn kau. mungkin dalam satu hal kau bernasib baik & aku tidak. dan mungkin dlm hal yg lain...aku bernasib baik & kau tidak.

so...don't interfere in other people life selagi x memudaratkan hidup seseorang. 


Thursday, August 16, 2012

Selamat Hari Raya...Maaf Zahir Batin

Assalamualaikum....

ampun maaf di pinta atas segala khilaf

salam Aidilfitri

semoga bergembira bersama org tersayang






Anuar Zain - Bersabarlah Sayang

### dedicated to myself.....bersabarlah wahida ###


Pada mereka yang tak mengerti Menuduh dirimu Di jurang kesalahan saja Ku tak sampai hati Biarkan engkau sendiri
Tetapi diriku dan juga temanmu Yang tahu kisah derita 
Dan luka di dada, hanya kuharapkan Kau harus bersabar Dan bertenang selalu
__________________________________________
and...ni dedicated to everybody :)

Tuesday, August 14, 2012

Jason Mraz - I Won't Give Up

lirik lagu ni so meaningful....cheers ;)




[Jason mraz]
When I look into your eyes
It's like watching the night sky
Or a beautiful sunrise
There's so much they hold
And just like them old stars
I see that you've come so far
To be right where you are
How old is your soul?

I won't give up on us
Even if the skies get rough
I'm giving you all my love
I'm still looking up

And when you're needing your space
To do some navigating
I'll be here patiently waiting
To see what you find

'Cause even the stars they burn
Some even fall to the earth
We've got a lot to learn
God knows we're worth it
No, I won't give up
[ Lyrics from: http://www.lyricsmode.com/lyrics/j/jason_mraz/i_wont_give_up.html ]
I don't wanna be someone who walks away so easily
I'm here to stay and make the difference that I can make

Our differences they do a lot to teach us how to use the tools and gifts we got Yeah, we got a lot at stake
And in the end you're still my friend, at least we did intend for us to work
We didn't break, we didn't burn
We had to learn how to bend without the world caving in
I had to learn what I've got, and what I'm not
And who I am.

I won't give up on us
Even if the skies get rough
I'm giving you all my love
I'm still looking up
Still looking up... 

I won't give up on us
God knows I'm tough, he knows
We've got a lot to learn
God knows we're worth it

I won't give up on us
Even if the skies get rough
I'm giving you all my love
I'm still looking up...



Friday, August 10, 2012

First Time Experience


My first time experience.....temperature kete naik. wohoooooo!!!!!!! cuak beb...xtau nak wat apa. huhu...
it was happened time i on the way to office yesterday morning. tengah driving, suddenly dekat nak sampai sunway kot tetiba ja aircond panas...pelik!!! mata pun terpandang temperature metre...OMG...dah over 90. apa nak wat ni? amik fon trying to call somebody...tapi otak blurr xtau nak call sape...cool sat, i off aircond, buka tingkap...thank GOD...it's back to normal. phewwww (sambil kesat peluh di dahi).

jalan jam time tu. well....what do u expect with federal highway kan...hew hew hew :p
sampai lepas PJ pun still jam...mata keep on monitor the temp metre. bila dah masuk kerinchi link...laju2 drive nak cepat sampai ofis takut temp naik lagi...huhu. and yes...time benti kat traffic light sri hartamas, temp naik lagi…kali ni terus sampai max. uwaaaaa…..nasib baik dah nak sampai ofis. Huhu



masuk ofis…terus whatsapp my friend, bob…Tanya sume pasal temp naik ni. Google gak info kat internet. So…sebabnye maybe, air radiator kering atau minyak hitam kering atau radiator bocor atau kipas rosak. Haih…apo lah masalah keto den ni..harap xde major problem.

Tengahari tu g beli air mineral 1.5 liter 2 botol…standby kot2 air kering kan. Ingat nak balik p workshop yg saya selalu p kat shah alam. Tapi, risau takut temp naik lagi…dah la jam nak balik shah alam. Then, Tanya my friend…kakcik ada tak workshop yg bagus kat area damansara utama…luckily she has her neighbor owned a workshop…Mr Andy!! So, suruh dia call Mr Andy suruh tunggu saya sebab kedai dia tutup 7pm takut sampai lambat kan.

5pm kuar dr opis…cek air/minyak hitam…ok. So, apa la masalah nye ni…risau gilerr takut major prob. Cari kipas nak tengok berpusing ke tak…x jumpa kat mana letak kipas. Hahahaha…call my friend bob and my brother tanya advise…range price kipas or whatsoever yg expected ada problem tu. So, bila kat kedai nanti xde la kena tipu kan…

Then, start enjin…normal and sgt berharap temp x naik lagi…Alhamdulillah sampai tol seksyen 17 PJ temp still normal..tp sampai area TTDI dah start naik…alamak. Dah la kat situ jam…padahal dah x jauh pun nak sampai damansara utama…dah la naik terus sampai max. nak benti tepi pun xde space..mau kena maki klu stop tgh jalan tu…blurr…blurr..blur…call bob again tanya camne boleh ke tgh jam tu mati enjin jap, nak jalan start balik, kira main2 on off enjin la….dia kata ok. Try la buat…tp xde effect pun…huhu…tawakal la drive bagi lepas jam…nak u-turn queue sangat panjang..so benti la dulu kat sek damansara utama dalam 20min. pastu start balik terus masuk jalan raya u-turn ke damansara utama…nasib baik x stuck jam…so terus nak fetch kakcik kat uptown damansara dia nak tunjuk workshop tu…again temp naik to the max. stop dulu kat ofis dia…and kakcik cakap ada asap kuar kat bawah bumper kete depan. Aduhhhh…mau nye x berasap dah berapa kali max temp dah. Dlm hati dah cuak gilerrr…

After about 15min…drive balik ke workshop. Diorang cek sume…kipas yg rosak. Kena ketuk baru kipas tu jalan…huhu…tapi xleh nak siap aritu sebab dah overheat sgt..ptg ni baru leh amik kete..suh dia service sekali…mau 600-700 la kot. Sob…sob…sob…I need money :’(

So…semalam tido umah kakcik la sbb takde transport nak g keje nanti. Balik shah alam amik baju, pastu tido umah dia. This morning she sent me to work..balik nanti pun dia amik. Luckily got friend nearby…thank you friend J



Wednesday, August 8, 2012

Raya Preparation

Salam 19 Ramadhan

pejam celik pejam celik....dah nak abis puasa dah pun...means dah nak menjelang raya dah ni. mesti ramai dah busy kan...cari baju raya...kuih raya...kasut raya..mcm2 lagi lah. hehehe

kanak2 apatah lagi....diorang la yg x sabar2 nak tunggu raya kan. macam kita kecik2 dulu....haih bestnya lah zaman budak2 dulu...wish i could turn back the time. well....everybody wants that rite ;)

so...amcam preparation uols thn ni? meriah ke x meriah? dah start ke belum start or dah 1/2 way or dah habis prepare? hahaha...

as for me....belum start prepare apa2 pun lagi. apa pun xdak...cuma ada la wat biskut raya 2 jenis. tapi, tu pun just tolong kak ipar je. hew hew hew

entahlah....tahun ni lansung xde mood nak raya. kalau boleh...nak pergi somewhere time raya tu. xmau balik kg...maybe just balik sekejap jumpa mak & visit kubur arwah ayah. but....i can't. so, terpaksalah menghadapi raya d kg nanti...i guess it would be a worst ever raya celebration for me this year. huhu.....tapi xtau la kalau something miracle happen kan. just pray for the best je lah.

cuti raya pun..i purposely apply only for friday before raya & wednesday after raya. plan asal memang nak direct seminggu sampai ahad..tapi x sanggup nak cuti lama2...entahlahhhhhhh

anyway........wishing uols selamat berpuasa & selamat buat persiapan raya. selamat hari raya next entry la pulok ye...hehehe

cheers ;)

Tuesday, August 7, 2012

Ujian Hidup

semakin meningkat usia kita semakin banyak dugaan/ujian yg perlu di tempuhi. kadang kita tewas kadang kita menang.

kadang kita melihat org lain ketawa gembira dan merasakan mereka sgt beruntung kerana berpeluang merasa kebahagiaan. namun, siapa yg tahu jika d sebalik tawa gembira mereka itu tersimpan 1001 cerita duka yg d simpan kemas d dalam hati.

begitu juga diriku....ingin sekali aku merasa bahagia seperti org lain..aku tersenyum melihat kawan2/keluarga gembira. melihat mereka gembira aku seolah dapat merasakan kebahagiaan itu. tapi, bila saat ku sendirian hanya Tuhan yg tahu apa yg ku rasa.

seringkali ku berdoa memohon agar di berikan aku kebahagiaan/kasih sayang/cinta...agar dapat aku menjalani kehidupan aku seperti org lain. namun, mungkin ada sebab kenapa aku masih tidak merasa rasa itu. walaupun, teramat seksa ku rasakan...aku harus tabah menempuhi hidup ini walau apa pun yg berlaku.

moga satu hari nanti....aku dapat mengecapi kebahagiaan itu sebelum aku menutup mata.


Wednesday, July 11, 2012

Kek Batik Bonda - Rasa sekali pasti nak lagi

Kek Batik Bonda  ❤ ❤ ❤

Sedia menerima tempahan. 'Rasalah Kek Batik Bonda' anda pasti nak lagi :)

Penghataran percuma sekitar Shah Alam.
Self collect in Shah Alam & Mont Kiara.
Penghantaran melalui pos laju juga boleh. Kek Batik tahan lama dlm suhu kering & lebih sedap jika di simpan dlm peti sejuk.

Berat: 500g
Harga: RM15

Tempahan: 019-3961006 (SMS/whatsapp)


cubalah kek batik saya. Alhamdulillah...haritu jual d Flea Market, Gulam Mee Kota Damansara dapat sambutan & laris. Kawan2 d ofis pun cakap 'sedap gilossss'..hahaha...sampai ada yg minta resepi dgn kite. Kite letak atas meja sekelip mata je dah licin kek batik ni. Kat rumah pun, keluarkan je dari peti sejuk tak sabar anak2 sedara nak makan, sampai berebut2. hahaha

Ni resepi original xde tambah telur,gula,koko dsbnya...plus resepi rahsia dari mak tercinta. Sebab tu saya namakan 'Kek Batik Bonda' :)

Jom la order...kalau sedap repeat order tau. Next...biskut makmur ;)

Monday, June 25, 2012

Rasa di hati

Actually i've wrote earlier using blogger droid...but unfortunately there was an error on the application. So, i captured the screen before uninstalled & re-installed the application. Check out the pic below. Sincere from my heart. Ahaks ;-)


Tuesday, June 19, 2012

Gerimis Mengundang 2012 [Full Movie]

Hellooooooo.....

have u watch this movie "GERIMIS MENGUNDANG"?  Lakonan Kamal Adli & Indonesia Actress.

Check it out here sebelum kena block or whatsoeva. hehehe


Saturday, June 16, 2012

Taubat Seorang Samseng Full Movie

Sape yang belum tgk citer ni...boleh tgk kat sini. Ni telemovie Astro Oasis. Best citer ni :)

Lakonan Sofi Jikan, Rita Rudaini, Zamarul Hisham.

### Rukiman (Sofi Jikan)..seorang samseng kat kampung dia. Suka wat masalah, merompak,menyamun,merogol & mcm2 lagi. Dia ditangkap polis & menerima hukuman di penjara. Bila dh abis hukuman dia balik kampung & juga dah BERTAUBAT. Tapi, orang kg semua tak suka. Diorang marah & dendam sangat dgn Rukiman. Diorang nak dia di halau dari kg tu. Mcm2 diorang buat utk halau dia. Tapi tak berjaya. Sampai la satu hari. Amir (zamarul hisham) abg Farah (Rita Rudaini) cuba menganiaya Rukiman. Dia suruh kawan nya pecah masuk rumah masa Farah sorang di rumah utk takutkan Farah. Tujuannya supaya boleh tuduh Rukiman yang wat. Tapi, kawan dia dah rogol Farah & Rukiman pn di belasah sampai lumpuh.###

nak tau apa ending......tengok la sendiri. hahahaha....saya bukan pandai pun nak wat sinopsis. kekeke ;)


Thursday, June 14, 2012

MENCINTAI & DICINTAI

Credit: Mesra.net Forum



Kita renungkan sesama... mungkin ade hikmah disebaliknya.. "I LOVE U"

1. Anda mengetahui yg anda merindui seseorang apabila jantung anda berdegup pantas ketika teringatkan dia. Dan walaupun sekadar "Hai" daripada dia mencukupi sebagai penenang.
Ulasan: Anda mungkin menaruh hati kepadanya, cuma anda tidak menyedarinya ataupun anda tidak mahu menerimanya sebagai kenyataan.

2. Jangan jadi terlalu baik, saya akan merindui kamu. Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai kamu. Jangan jadi terlalu 'sweet', saya mungkin jatuh hati kepada kamu. Amat sukar untuk saya menyayangi kamu jika kamu tidak mahu membalasnya.
Ulasan: Seseorang yang membuat kamu jatuh hati kepadanya sebenarnya menyayangi kamu lebih daripada kamu menyayangi dia.
3. Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih..terimalah kenyataan itu dan sekurang2nya dia pernah membahagiakan kamu.
Ulasan: Masa akan menentukan segalanya, jika dia ditakdirkan bersama anda, dia akan kembali.
4. Jangan melarikan diri dari 'cinta' apabila ia berada di hadapan kamu. Jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.
Ulasan: hargai orang yang menyayangi kamu, bukan mudah untuk mencari Orang yang menyayangi kita. yang paling berharga ialah hati yang ikhlas.

5. Penyesalan terbesar dalam hidup ialah risiko yang kita tidak ambil. Jika anda merasakan sesuatu itu akan membuatkan anda bahagia, maka teruskan. Ingatlah bahawa kita akan melalui semua ini hanya sekali, mungkin tiada lagi peluang kedua.
Ulasan: Masa tidak menunggu kita. Jika anda rasakan anda telah bertemu dengan orang yg sesuai, maka hargailah dia, jangan biarkan dia berlalu begitu sahaja. Jangan bertangguh kerana takut. Cubalah dahulu atau anda akan menyesal kerana membiarkan ia berlalu begitu sahaja. Tiada sesiapapun yang tahu apakah yang membuatkan anda benar2 bahagia.

6. Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi, "Saya air mata seorang gadis yang menyayangi seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?". Jawab titis air mata kedua tu, "Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yg menyayangi saya berlalu begitu sahaja."
Ulasan: Tiada sesiapapun yang simpati kepada orang yang sengaja membiarkan peluang pergi begitu sahaja tanpa berusaha untuk mendapatkannya atau mempertahankannya. Kita selalunya tidak menghargai seseorang yang hampir atau menyayangi kita sehingga dia pergi meninggalkan kita;! kemudian kita akan sedih dan menyesal mengingatkannya.
7. Terdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatian anda. Dari kalangan yang anda pilih untuk abaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau dimana sahaja anda berada.
Ulasan: Bahagian 1: orang yang bersama anda ketika ini mungkin bukanlah orang yang benar2 anda sayangi. Bahagian 2: terdapat orang yang tahu dia tidak dapat bersama kamu ketika ini tetapi masih menyayangi kamu sepenuh hatinya, fikirkanlah.

8. Lawaknya bila kita meletakkan standard untuk orang yg bakal kita sayangi, tetapi jauh di sudut hati, kita tahu yang orang yg kita sayangi itu terkecuali daripada standard itu. (don't be too choosy!)
Ulasan: kita amat kritikal terutamanya kepada orang yg kita sukai atau sayangi kerana kita mahukan yang terbaik untuk diri kita. Tetapi sebenarnya kesempurnaan dan hubungan terbaik dapat d! icapai dengan berusaha bersama. Ia bukanlah terletak kepada satu individu sahaja.

9. Cinta itu membuatkan anda gembira walaupun ia sering melukakan. Cinta itu istimewa jika ia diberikan kepada orang yg bertuah.
Ulasan: Jika anda bertemu seseorang yang benar2 menghargai anda, maka Dia berhak mendapat kasih anda.

10. Menyayangi/mencintai itu umpama bermain piano. pertama, kita bermain ikut peraturannya. Kemudian, lupakan peraturannya dan main ikut hati.
Ulasan: Kepercayaan terhadap pasangan adalah amat penting. Untuk mempercayai seseorang yang anda sayang/cintai, anda mestilah membuat dia mempercayai anda dahulu. Yakin terhadap diri sendiri dan pasangan anda. Jangan buat mereka ragu-ragu terhadap anda dan jangan ragu-ragu terhadap mereka.
11. Apa kata seseorang memberitahu anda ini " saya tidak percaya dengan courtship (mendapatkan perhatian bagi memenangi seseorang). Ia Cuma membuang masa sahaja.Jika saya mencintai seseorang,! maka saya akan meluahkan isi hati saya kepadanya. Tetapi, ada pula pengecualian bagi anda, jika anda mencintai saya, saya akan 'court' (sentiasa cuba memenangi) anda selamanya..."
Ulasan: Cinta itu memerlukan masa untuk disedari kehadirannya. Terdapat cinta pandang pertama, tetapi ia masih memerlukan masa bagi pihak satu lagi menyedarinya. Merinduinya apabila dia tiada di sisi, mengharapkan berita daripadanya apabila berjauhan...
12. Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takutkan risiko atau cabaran yang bakal mendatang.
Ulasan: Jangan berputus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan. Adalah lebih baik untuk anda mencubanya terlebih dahulu; kerana jika anda berjaya, kemenangannya itu teramat manis. Tetapi, jika anda tidak mahu/berani mencubanya,anda mungkin akan kehilangan orang yang anda sayang/cintai selamanya.

13. Anda tidak pernah kalah/kecewa di alam mencintai/menyayangi. Anda cuma kalah jika anda bertangguh.
Ulasan: Jangan takut untuk meluahkan isi hati anda kepada orang yang anda sayang/cintai. Beritahu mereka dan biar mereka buat keputusan di pihak mereka. Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ialah memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa penting dan istimewanya mereka dalam hidup anda. Dengan itu, anda akan rasa lebih yakin dan puas. Dan anda akan rasa bangga terhadap diri anda kerana anda telah menunaikan tanggungjawab anda terhadap perasaan hati anda.
14. Jangan sesekali mengkhianati perasaan hati anda kerana akibatnya,hanya anda yang akan sengsara; bukan orang lain. Salah satu cabaran paling sukar dalam hidup ialah mencari orang yang tahu segala kelemahan dan kekurangan diri anda, tetapi dia masih sangup menyayangi anda dengan sepenuh hatinya.
Ulasan: Cinta itu adalah berasaskan tolak ansur dan pengorbanan. Jika dia >tahu kelemahan dan kekurangan a!nda dan masih sanggup bersama anda dan lebih menyayangi anda, maka andalah orang yang paling bertuah! Dia layak mendapat cinta anda.

15. Ruang kosong di antara celah-celah jari kita dicipta untuk dipenuhi oleh jari-jari orang lain.
Ulasan: Bukalah pintu hati anda, benarkan orang yang anda sayangi masuk,jangan ragui tujuan mereka kerana keikhlasan itu dapat dirasai dalam hati. Dalam percintaan, terdapat beberapa perkara yang perlu disedari. Apabila anda bercinta...... Ia bukan 'passport' untuk anda difahami; tetapi untuk anda memahami. Ia bukan 'passport' untuk anda mengambil itu dan ini; tetapi untuk anda diambil. Ia adalah untuk anda mendengar;bukan supaya anda didengar. Ia adalah untuk anda berkorban dan bertolak ansur; bukan untuk anda meminta itu dan ini. Ia bukan untuk anda berkira2 atau mengukur; tetapi untuk anda mencintai....."