Showing posts with label Vacation. Show all posts
Showing posts with label Vacation. Show all posts

Wednesday, October 9, 2013

Dari Kuala Lumpur ke Melbourne (PART 1)

Assalamualaikum........

Yeahhhhhh..................finally, keluar jugak entry pasal cuti-cuti ke Melbourne, Australia. Hopefully, i can write the full story this time. Means, part 1 until last part...macam percutian sebelum ni semuanya cerita half way. hehe...and ada yg belum citer pun...KRABI, TIOMAN, TERENGGANU and few places lagi. insyaAllah, jika ada kelapangan saya cuba recall ya and story sikit2 kat sini :)

ok...back to the topic. Actually, weols dah book tiket pada 20 September 2012 time Air Asia buat promosi. Dapat tiket dgn harga RM846/pax return inc baggage. Travel on 6-11 Sept 2013. Murah kan.....so, TIPS kalau nak dapat tiket murah, kena booking dlm tempoh setahun dari date promotion ke travel date tu. Memang la mcm lame gilerrr kan nak counting the days. But, no worries....within a year tu uols can plan properly the itinerary. Buat survey about the places, most important about the budget unless uols mmg duit berkepuk2 dlm tong beras kat rumah tu then suke hati uols la kan nak spend berapa ribu pun. hehehe..

actually, the trip was only me and my good friend "KakCik @ Rafidah". But, 3 months before the day our friend "Sarah" decided to join. But, her ticket quite expensive la....around RM1200++ if i'm not mistaken.

as usual, i will be the planner. survey mana tempat nak pergi, cost, food, accomodation & etc. So, 1st thing cari mana nak tinggal sepanjang kat sana tu. pening jugak la sebab rate AUD agak mahal kan. masa tu...dalam kepala otak, mati la aku nak simpan duit ni....bawa 3k pun belum tentu cukup agaknya. my main reference for travelling info always FORUM CARI. mmg sangat useful. from there, i baca boleh stay kat Malaysia Hall (MH) & lebih murah dari hotel. Bulan February i dah email application sebab nak apply MH mmg kena awal. Jika ada kekosongan baru dapat, diorang akan utamakan pelajar2 dulu especially kalau time nak register masuk University ada pelajar transit so susah sikit la nak dapat.

macamana nak apply MH ni uols boleh download form kat WEBSITE dan email kepada warden asrama. they said will reply in 2 weeks time. but, masa i apply sehari je dh dpt reply kalau warden Hj Rudy dulu la. sekarang Hj Rudy dah takde kot so mmg lambat sikit diorang reply. but, the sad thing is the charges has increases...sob...sob...sob....masa weols apply still lagi AUD12 per night. tapi, on June 2013 dah naik, tp still murah la dari hotel....
CategoriesRate per day (AUD)Rate after 3rd day (AUD)
Undergraduate6.0015.00
Postgraduate8.0018.00
Guest20.0030.00
Children over 7 years6.0015.00
Children under 7 yearsFreeFree




for the itinerary, this time memang i tak sempat nak plan betul2 just ingat sikit2 apa yg i baca dalam forum, blog, internet then gamble je kat sana nanti. ada mulut tanya la kan.....hehehe

time tu dah masuk spring (Sept - Nov). but, it was early sept and the weather still cold because it's transition from winter to spring. cuaca masa tu dalam 9 - 15 degree. 3 weeks before pergi hari2 check weather. hehe....sebab nak prepare baju kan. tak tau sejuk sangat ke or biasa2 je...nak bawa winter coat ke or jacket biasa ke. pening jugak la....semua last minute nak cari, hehehe...

SeasonAverage maximum Average minimum
Summer (December–February): warm to hot
25°C (77°F)14°C (57°F) 
 Autumn (March–May): mild
 20°C (68°F)11°C (52°F) 
Winter (June–August): cool to brisk 
14°C (57°F) 7°C (45°F) 
 Spring (September–November): cool to mild
20°C (68°F) 10°C (50°F)

to get clear picture on how is the actual weather there. i contacted Chef Aznil from MH. contact dia pun i got from FORUM CARI sbb ada traveller yang dah pernah berurusan dgn chef aznil time kat sana. so, i wassap dia dan dapat la info sikit2. he is very nice guy. since, weols sampai di Melbourne dah midnite so we ask chef aznil untuk ambik weols kat airport ke MH. 

Airport - Malaysian Hall = AUD50/60 per service

actually, u can get there by bus if uols sampai siang. the rate around AUD12-17 if i'm not mistaken. so, kalau korang dalam group 3-4 person u can get chef aznil to arrange for transfer by car. AUD50/60 bahagi 3-4 org lbh kurang same je kan cost nye :)
chef aznil provide tour service as well, so if uols nak pakai tour guide boleh je contact him ok. i guarantee u will enjoy and satisfy with his service tapi janganla mengada2 nak harga runtuh sangat tau. dia pun nak cari makan beb! he will be nice to u if u are nice with him. hahahahaha.....

u can contact him thru email: aznil707@yahoo.com.sg or whatsapp +61424299540

ini lah chef aznil atau kitorang panggil "pak nil" atau "abg aznil"

berapa wang kitorang bawa ke sana? ok...mula2 memang la budget dalam 3k tu pun baru dapat dalam AUD900++. mmg agak risau jugak part ni takut tak cukup duit kan. baca punya baca other traveller punye experiences and calculate all the main cost i bawa dalam 2k je. rate time tu 2.99 kat sg wang. so, dapat la dalam AUD650 je. mmg budget sangat ni......tak kisahla, nak nengok tempat org je buka nak shoping bagai pun.

oh ya....passport and visa. passport macam biasa la....kena renew sebelum 6 bulan tarikh tamat. kalau tak bye2 la kena patah balik rumah. hehe.....passport baru sekarang dah black & white tau. visa pulak, weols apply thru cik intan. she is a travel agent i think, sangat senang, cepat & murah berurusan dengan cik intan. cuma bayar RM20 je. kalau buat kat embassy mahal. hanya email kan maklumat yg di perlukan, dah siap transfer payment. jangan la korang tak bayar pulak ye, 20 hengget je :p
visa ni valid for 1 year.

email cik intan: eta.australia@yahoo.com

apa yg perlu korang attach:

1. copy passport

2. mobile number

3. email address

4. flight details

5. home address

ok....episod 1 berakhir di sini. insyaAllah saya akan cuba post episode ke 2 secepat mungkin :)

Nota Kaki: biz hebat, income lebat, badan sihat, kulit cantik. semuanya dengan "PhytoScience". Jom click --> Phytoscience-Double-StemcellTriple-Stemcell

Tuesday, December 18, 2012

SINGAPORE Trip (part 1)

Weekend Getaway!!!
hari tu saya ada post pasal unplanned trip to singapore kan. so, weekend haritu 15-16 december weols dah selamat pergi dan balik. trip kali ni memang not proper organized. normally, i will be the itinerary planner kalau pergi mana2 vacation. but, this time memang kesuntukan masa nak survey. huhu...everything last minute.

duit pun petang tu baru terhegeh2 tukar. nasib baik la kat bawah office ada money changer. so tukar RM600 je, rate hari tu 2.53

ok...we went by train KTMB on Friday, 14th december. train bertolak dari KL Sentral around 1130pm ke Woodlands CIQ...sampai dalam 6.45 pagi. weols amik upper bed, lower bed sume dah sold out time nak beli tu. harga tiket RM40...kalau lower bed RM46.



actually ni first time dok upper bed. sebelum ni kalau blk kg naik train beli lower bed. kalau bawa banyak barang leceh sikit la nak panjat2 kan. tp, weols backpackers je :)

sampai kat JB Sentral, train akan stop untuk passport checking. masa tu, terjaga dari tidur dengar passenger cina tu dok cakap passport dgn kaum kerabat dia...so ingatkan kena turun p cek passport la. sebab kalau naik bas kan kena turun. saya pun kejut la siti & kakcik nak ajak p cek passport. rupa2nya tak payah turun pun. pegawai imigresen tu dtg cek sorang2...hehe. dah habis cek semua penumpang...train terus ke woodlands. kejap je, dlm 15 minit je kot dah sampai. kat sini sekali lagi kena imigresen checking..ni biasa la singapore punya pulak. cop passport semua, isi form putih tu. dah settle semua, weols nak cari surau nak solat subuh...tapi takde. tak solat subuh la weols pagi tu. huhu...then, terus keluar nak cari stesyen MRT. tapi takde...kena naik bas atau teksi ke stesyen MRT terdekat. weols nak ke MRT Kranji. nak naik bas takde coin, ye lah baru sampai kan...duit besar2 lagi..hehe. so, we decided to take taxi. weols tahan je taxi yang lalu situ...tapi semua takmau amik...heran betul. semua orang tengok je weols. rupa2nya, kena queue....tak bole suka2 hati kalau tak kena saman. hahaha...mana la tau. 

dah dapat taxi, weols ke stesyen MRT Kranji utk ke hostel. tambang taxi SGD4.50
kat situ ingat nak beli tourist pass, senang nak naik MRT tak payah nak beli setiap stesyen yg turun kan. tanya kat kaunter, tak jual kat situ. kena beli kat Orchard. So, ok lah weols just beli single tiket ke Nicoll Highway untuk ke hostel.

nak tahu kat mana weols stay and next story? tunggu part 2 ye...mata dah nagantuk :p




Monday, December 3, 2012

Saya nak ke SINGAPORE

Assalamualaikum

wowww...dah agak lama tak bercerita pasal hal personal kat blog ni ye. bukan kata personal, business pun x sempat nak update kt sini. hahahha...teruk betul lah....bersawang sepanjang masa. ye lah...mana taknya...kat ofis ada quota nak access blog...60 minute je?? ada ke patut...so mood pun berterbangan dgn riang-ria membelah awan nan biru....wakakaka...

okeh2...back to d topic. 15-16 dec ni me & my other 2 girlfriend nak g jalan2 kt singapore. this is unplanned trip. well..biasalah saya kan suke camtu...bukan jenis yg plan2...mai time otak gila + sewel terus je buat immediate decision. hehe..

kisahnye last week la...saya rasa sangat la STRESS x leh blah...rasa macam nak lari ke satu tempat tp xtau mana...so suggest kt kawan2 nk p bercuti...nk p island skrg tgh musim hujan...so plan la nk ke singapore. survey2 tiket sume...booked!! hahaha

so..we will go by train from KL Sentral and balik by Air Asia. biasalah, bila last minute punya plan...so costly la sket kan...so terpaksa la cari budget the best. final..all tiket pergi balik, hostel, voucher masuk sentosa island utk sorang around RM300. 

ok...persoalannya sekarang. nak tanya pendapat uols yg dah biasa dgn selok-belok singapore tu kan (xtau la ada ke org nk bg pendapat ni, maklumlah blog x femes amos..huhu)...weols sampai kat woodlands CIQ 6.30am. camne weols nk start gerak & nk ke mana dulu? saya mmg x sempat nk wat deep survey sbb busy sgt skrg..yg i tahu...kena ke keranji utk beli tourist pass. tapi weols kena ke orchard road utk collect tiket sentosa island, travel agent buka jam 10pagi..then hostel lak kat bugis. so...what is the best way weols nk arrange our trip? 

soalan????
1. sampai kat woodlands 6.30am - boleh ke mandi2 kat situ nk tukar pakaian/solat/breakfast?
2. terus ke hostel simpan beg dulu ke (sbb check in 3pm) or pergi orchard road amik tiket sentosa island dulu?
3. aktiviti utk hari tu ke sentosa island je (siang)
4. aktivit malam belum decide
5. next day jalan2 round singapore + shopping...flight balik 11.35pm

sangat2 mengharapkan idea anda2 semua. terima kasih byk2 :)

Friday, September 21, 2012

AA promo - Next Vacation

Assalamualaikum

yeeehaaaaaa

sekarang ni AirAsia (AA) tengah wat promo free seat. start 18hb aritu for domestic and 20hb international. at first, saya xde planning nak ke mana2 pun..ye lah keadaan agak kurang stabil sekarang ni kan. so, malas nak fikir nak jalan2 ni. then, suddenly my BFF tanya x nak p mana2 ke promo domestic? she suggest tawau and me suddenly jadi excited...terus ok je. huhu....that's why saya ni jenis x boleh nak planning sangat....main gamble je baru la jadi. kalau dok planning bagai confirm lambat la nak bergeraknye....or x begerak2 lansung. hehe..

but, saya dah lama teringin sangat nak ke kundasang yg terletak di kota kinabalu. jadinye, suggest la kt bff g KK instead of Tawau lagipun dia dh penah g tawau tu. Tawau pun actually in my list gak sebab nak ke pulau2 yang cantik tu. But, maybe next time :)
so, lepas compare2 tix price & everything...weols decided to KK. yeaaaayyyyyyyyyyyyyyy....and the trip in May next year..we got the price RM170++ per person.

terubat la sket rasa kecewa d hati x dapat ke Krabi..uwaaaaaa. suppose, 26 - 29 sept ni ke krabi. tapi, atas sebab2 yg x dpt d elakkan plus x dpt cuti sebab quarter closing terpaksalah burn je tix itewwww. uwaaaa lagi :((
krabi pun one of my wishlist jugak...maybe belum rezeki lagi nak ke sana tu. ok...next time wieda :)


i thought that's it and i forgot about international promo on the 20th. tup2..pagi2 tu bff call tanya ada tengok x semalam? memang x tengok la...lansung x ingat dengan penatnye malam tu balik keje lambat terus pengsan tido.

then, pagi tu sampai ofis...1st thing on pc buka web AA (wahhhh...kau..mmg pekerja contoh!! alahhh...uols pun sama kan. eheks :p). bff suggest beijing....tp hati ni mcm x tertarik lak sbb thn lepas baru g china (guangzhou & shenzhen). terasa mcm nk ke Aussie...wahhhh. this is unplanned ok. idea mengejut je ni. selalunya mesti akan survey dulu tempat yg best then baru tgu promo. ni lansung x wat research ape2. hentam saja lah labuuuuuuuuu...

Aussie...x sure mana tempat yg best. yg selalu dengar perth, gold cost, sydney, melbourne. tapi x terasa nak ke perth & gold cost tu sbb dah selalu sangat dengar orang ke sana. hik..hik..hik.. naluri hati berkata2 sydney or melbourne. cewahhhh...naluri la sangat...but, x tahu lansung apa yg best kt tempat ni, seriously xde idea lansung. saya suggest sydney...sambil2 fikir tu google info pasal sydney & melbourne and also tix prices. hasil google2 tu....keputusannya adalah MELBOURNE....we got the price for RM800++ per person. i dunno mahal ke murah coz x penah survey pun before this. the trip will be in September 2013. setahun lagi beb...sempat nak simpan duit...insyaAllah. tadi...browsing info...ingatkan journey from KL - Melbourne around 4-5 hours je...roper2nye...dekat 8 jam oiiiiii. waduhhhh....kematu punkoq cek. hahahaha


and now...dah start wat itinerary and etc and of coz i feel so excited and x sabaq!!!!


Monday, June 27, 2011

CHINA trip: day 2 (Shenzhen)

holaaaa.......
cuci sawang.....ngeh3...nak sambung citer jalan2 China part2...ada ke yg menunggu?? hehe...
malas siot nak bercerita kt blog ni...asik ketandusan idea jek ;p

hmm...okeh. let's continue 2 d main topic
|
|
|
|

~ DAY 2: Shenzhen ~

mcm entry for day 1...kitorang menggagau cari hotel tgh2 malam. so, pi mai pi mai around 2-3am la gak br tido. jadinyerrr, pagi tu weols bgn lewat la sket sbb kepenatan. lepas mandi & bekpes (nasi impit+rendang daging+nescafe panas) weols pun memulakan p'jalanan utk hari itu. destinasi: Window of the World (WOW). lbh kurang dkt kul 11am gak la weols br kuar dr hotel. hehe...

weols just jln kaki je dr hotel ke Metro (metro ni mcm LRT la kat KL), sbb kedudukan hotel kt belakang train station je.

ini lah laluan nak ke train station & Metro. laluan ke Hongkong jg :)
pastu terus beratur utk beli tiket Metro. tiket kena beli kat machine tau. pastikan ada duit kecil. tapi, jgn risau...machine ni ada bahasa english so xde lah masalah sgt nk baca instruction nya kan. tapi, mmg ramai org beratur nk beli tiket...tgk pic bawah ni pjg kan q? kat sini ada guard jaga, so kalau dia nampak mcm ada foreigner cepat2 dia dtg tunggu kat line yg kite q tu. bila sampai our turn dia akn tanya nk p mana & dia tlg tekan2 kat machine tu....tapi, mandarin speaking lorrr. hehe


tambang nak ke WOW if x salah RMB2.50 & perjalanan dlm 20min camtu la.

ni dlm Metro...klu takut terlepas station leh tgk kt route tu...dia akn tjk dh sampai kat stesen mana :)

dah sampai kat WOW stesen tu weols trs cari signboard nak exit. x susah pun...lepas dh masukkan token kat exit gate tu jalan ikut laluan nak ke WOW, pastu naik escalator...haaa...sampai la ke WOW. posing2 sket kat luar tu, beli topi sbb panas gak la time tu......pastu g beli tiket masuk. lain2 uols layan je lah some of d pic below. it tells everything what is WOW and what inside...hehe




























kalau rasa penat nak jalan leh la naik ulat ni...pusing satu WOW. rate pn agak reasonable rasanya






weols kat dlm tu dekat setengah hari gak la, mmg lenguh la kaki jalan. besar gilerr tpt tu...tu pun weols x abis round. hehe...kiranya weols cover about 95% la...then lbh kurang kul 6pm weols pn balik & singgah d Dongmen Pedestrian Street. tapi, x berapa tertarik sgt nak soping kat sini, just beli selipar jek. hehe...

about 8pm, sampai hotel..mandi,solat,makan,tidur....esok kena bgn awal sbb nak ke Hong Kong....



apa citer kat Hong Kong? tunggu next entry k :)








Saturday, June 4, 2011

CHINA trip: day 1 (KL - Guangzhou - Shenzhen)

hari ni cik wieda nak citer psl cuti2 d China. tp xtau la bila blh siap entry ni.....hehe. so, mlm ni cik wieda wat 1st entry dulu utk day 1 k....

our journey started on 20th May 2011 (Friday). tix dh booked on Aug'10 thru AA promo...so weols dpt return tix around RM300++. yg pegi cuma cik wieda and teman je (kakcik),only 2 of us :)

after a few months doing d research and study about d places, doing some preparation, i.e; visa, itinerary, FOREX and etc.....we are ready to go for 6 days 5 night trip.

on Friday morning, cik wieda br start packing bag & brg2 yg nak d bawa. i am so busy prior my long leave so mmg xde masa nk mengemas ***sigh

sambil2 mengemas cik wieda masak ketupat nasi sbg bekal. other foods weols bawa rendang daging dendeng (kakcik masak), maggie, instant porridge, roti gardenia, sambal ikan bilis & kurma brahim's.

then, around 12pm ck wieda bertolak ke umah kakcik d damansara. simpan kete kat umah dia. after dat, we took a bus to KL Sentral. time tu, weols agak risau jugak sbb mcm dh lewat...we target nak amik bas 2pm ke LCCT. unfortunately, weols terlambat sket je.....we miss d bus. so, terpaksa naik bas 2.30pm....(fyi...bas KL SENTRAL - LCCT every 1/2 hour & perjalanan is exactly 1hour). means, 3.30pm we will arrive LCCT. check itinerary we shud boarding 3.30pm.....our flight 4.10pm, O.M.G......camno ni???? cuak gak time tu...risau sampai2 kang xleh masuk. cik wieda pn telefon la kwn2 tanya..but they all pun unsure...adoiiiiiii. risau...risau...risau....tp hati jd senang sket sbb fikir weols dh self-check in & dh print boarding pass. so shud b no prob la kan :) only 4 dos yg belum check in je yg mbe akn ada masalah.

tepat 3.30pm weols sampai d LCCT. ape lagi......trs berjalan dgn pantas ke International Departure gate. ramai dh queu. sampai turn weols kena timbang bag yg nak d bawa ke dlm flight. for hand carry luggage must not exceeded 7kg. AA sgt2 strict now ok......cik wieda bawa bacpack, dh sah2 la bag tu gemuk...so kena tahan timbang bag dulu...bag cik wieda lebih dr 7kg...dlm 9-10kg la, tp Alhamdulillah lepas. tapi, beg kakcik 13kg kot, terpaksa check in bag. weols mmg x amik baggage check in time pegi.....so kena la byr RM50 utk bag kakcik tu...ingat dh alang2 check in bag nak tambah la bag cik wieda sekali, dah jd RM100 klu 2 bag.....so cancel lah.

lepas dh settle urusan bag, weols pn masuk imigresen checking...dh lepas semua g kt tpt menunggu utk flight boarding mmg gate dh buka pn.....so terus la naik flight. d journey about 3hours50min. so, cik wieda tido je lah sbb malam sblm tu tido 2 jam je kot. huhu....mostly passengers are chinese. melayu leh kira la berapa kerat je. tapi......depa2 ni punyalah bising dlm flight tu. dr mula jalan sampai la ke GZ. mcm kat pasar....haih.

boring..

8pm weols tiba d Baiyun International Airport. time ni la jumpa a group of Malaysian people, ada sorang melayu. diorang tegur weols...so sambil jalan borak2 la. diorang dtg 4 biz purpose & kebetulan time blk kitorang sama. 




lps dh settle urusan imigresen trs ke tpt bagasi nk amik bag kakcik. kat sini diorang pakai anjing utk hidu bag. besar kot anjing tu...


plan asal, weols nk lepak kat epot je mlm tu b4 ke shenzhen pg esoknya. tapi, x jumpa pulak tpt utk duduk...and x nampak pn org dok melepak kat situ. tengah jalan2 cari port lepak tu ada la 2-3 org 'ulat' taxi dtg approach. tapi, ada sorang ni yg sgt aggresif...weols ckp nk ke shenzhen,mula2 dia ckp RMB350, weols xnak...pastu jln2 lagi...jumpa dia lg..dia ckp RMB900 lak...mak aiiiiii!!!!! puas la weols menolak......yg jadi tukang ckp nye kakcik la...sbb she can speak mandarin very well. diorang mmg xleh ckp english. cik wieda tukang bg instruction je..hehe


then, we decided terus ke shenzhen malam tu jugak. jalan2 & after asking a few person weols beli tiket bus direct ke shenzhen. harga tiket tu RMB88/person, 2 jam perjalanan. while waiting 4 d bus weols pn makan la dulu bekalan yg d bawa. dari pagi x makan kot....lapar weiiii. kebetulan time tu baru jumpa tempat duduk...so, weols lepak situ mkn roti gardenia and rendang daging.

kakcik tgh beli tiket bas





bila dh masuk dlm bas...weols pun tertido kepenatan. kakcik mmg pengsan terus. hehe.....cik wieda tersedar la jg time bas tu break...sbb driver tu bawa laju gilerr kot. bila dh sampai satu tpt berhenti tu, ramai yg turun kt situ and weols pn x sure whether patut turun situ or tpt lain. masa naik bas td kakcik dh inform pd driver suh panggil weols bila dh sampai. cik wieda kejut kakcik suh tanya dh sampai lum. ok...belum sampai, jauh lagi. then, weols pindah duduk d depan. kakcik sembang dgn sorang mamat cina ni....dia gtau la kt mana nk turun & camne nk ke hotel weols tu. dia siap bg biz card lagi suh ctc dia if need help. punya la ralit bersembang mamat ni dh terlepas tempat dia nak turun. dah....gaduh2 lak dgn driver bas tu....hahahaha.

pastu, weols pun sampai. rupanya tempat yg weols nk turun tu kat stesyen bas shenzhen, last stop. weols nak ke Days Hotel, Luohu. so, dari situ kena amik teksi. tambang teksi dalm RMB30 x salah...meter diorang masuk2 dh RMB13. sampai d hotel weols tanya ada bilik kosong tak. weols mmg x book hotel,gamble je walk-in. time tu dah 1am. kakcik tanya la penyambut tetamu kt pintu hotel tu. sembang punya sembang....dia suh naik L4 utk check in. sampai je L4 weols tgk pelik je tempat ni...rupa2nya diorang salah paham. ingat weols nk massage & sauna. adoiiii.........puas bertekak kat situ. hahahaha.......pastu baru dia suh naik L5 utk room check-in. tapi bila tanya rate..agak mahal la lbh kurang RMB400++ per night. cik wieda tgk dlm internet xde la semahal tu. so, x jadi amik hotel tu, weols keluar cari hotel lain. tapi xtau mana nk tuju...hotel sebelah pn mcm mahal...so kakcik tanya ada security kat situ mana hotel yg murah2. nasib baik ada...kat belakang hotel tu je cuma kena jalan ke belakang sket....weols just bayar RMB360 utk 3hari2malam,cuma xde lift je....dapat pulak bilik L5. phewwwww......boleh tahan la memanjat tangga. ehekss!!!! nama hotel mmg x ingat sbb tulis cina. hehe.....settle check in sume lebih kurang 2am lebih la......so, masuk bilik mandi & tido. Esok mau jalan.........


uihh......panjang nye part1 nih. hehe......nak tahu apa citer next day??? mana destinasi weols d shenzhen? tunggu next entry k ^_^