Tuesday, December 8, 2015

Ayam Masak Lemak Cili Api

Kemarin....aku ponteng keje. Monday Blues la konon. hehehe....so aku masak la untuk lunch nanti husband aku boleh la balik makan. Isteri mithali kononnya :p

Mula2 nak masak daging kicap, balance daging kurban haritu ada lagi sikit. Tapi dah potong2 sikit sangat dagingnye. Pikiaq punya pikiaq, aku buat masak daging goreng berlada la. Aku tambah lauk ayam sikit buat masak lemak cili api. Lepas tu sayur sawi tumis sos tiram.

Whatsapp en husband tanya balik pukul berapa. Dia cakap lewat, suruh aku makan dulu. Aku memang tengah lapaq aku makan la dulu. 5 minit aku habis makan, en husband whatsapp dah otw pulak. En husband sampai aku hidangkan makan, senduk nasi, bancuh ayaq teh ais. Dia pun makan dan tambah lagi. Aku tanya ok tak masak lemak tu dia cakap ok.

Malam tu time dinner (makan nugget, sosej je) en husband cakap "masak lemak tengahari tadi memang paling terbaik lah, resepi mana u pakai". weeeeeeeeee..............kembang kempis aih hidung cek. Sapa tak syok weiii laki puji. Dia puji ikhlas ka atau nak amik hati ja ka itu belakang kira la. Yang penting hati aku dah berbunga2 setaman. Hahahaha... Sebelum ni mmg pernah buat masak lemak cili api tapi untuk en husband first time la masak.


Memandangkan dapat pujian, ni aku nak share resepi "Masak Lemak Cili Api Ayam" yang paling terbaik tu. Hahaha

Bawang merah, bawang putih, buah keras, halia, kunyit hidup/serbuk (aku pakai serbuk), cili api kalau nak pedas letak banyak, kalau nak biasa2 letak sikit. aku pakai cili api merah ja sbb cili api hijau takdak stok. Semua ni hampa blend. Kuantiti bahan2 ikut banyak mana korang nak masak. Aku macam biasa agak2 ja.

Masukkan semua bahan kisar tadi dalam periuk. Tak perlu tumis. Masukkan serai yg diketuk, daun kunyit di simpul, asam keping kalau kecik letak 2 keping, kalau besar 1 pun cukup, masukkan ayam, ubi kentang. Biar ayam & kentang empuk. Masukkan susu cair anggaran sesenduk. Aku tak pakai santan sbb santan takdak stok malas nak pi kedai. hehe... Rasa masin, masam, manis semua. Tambah apa yang kurang. kalau semua dah ok boleh la tutup api. Siapppppppppp


Tomyam Ayam ala Thai

TOMYAM. Hubby punya fav. Kalau p mkn kat kedai tomyam wajib dia order. Tapi kalau dia suruh aku masak, aku pikiaq byk kali sebab mmg dari sebelum kawen asyik fail masak tomyam. Rasa tu tak sampai bila masak. Mcm2 resepi try buat tak dpt gak taste tomyam mcm kat kedai tu. Beberapa bulan lepas aku start eksperimen tomyam setiap kali mkn kat kedai. Cuba hayati rasa tomyam tu. Hehehehe. Tadi dok pikiaq2 apa nak masak, mai ilham nak masak tomyam. Alhamdulillah...kali ni aku berjaya. Tersenyum gembira bila husband makan sampai menghirup kuah. Hahahaha

Aku pakai pes tomyam yg aku beli masa balik kg dulu. Actually, dulu dah pernah masak pakai pes tomyam ni tapi tak sedap so aku ingat aku salah beli pes tomyam. Haritu dok google tgk ramai yg ckp pes tomyam ni sedap. So, aku try la masak lagi. Memang jadi la kali ni...pedepowwww sedap rasanya.

Credit pic: Google

Ni resepi aku guna:
Bawang merah, bawang putih, serai, halia, lengkuas, tomato. 
Semua ni di blend sekali. Kuantiti setiap bahan korang agak2 la tgk byk mana masakan korang tu. Aku selalu masak mmg agak2 je. Tapi lengkuas jgn letak byk sgt..sikit je. Haritu aku tak letak lengkuas pun sbb takde stok kat umah.

Letak sikit minyak dlm periuk/kuali. Sikit je tau just buat syarat nk tumis. Bila minyak dah panas, tumiskan bahan blend tadi. Dah naik bau dan agak kering sikit masukkan pes tomyam 2-3 sudu (ni pun ikut sesedap rasa korang & kuantiti masakan korang. Kalau rasa x ckp nanti boleh tambah lg). 
Masukkan serai yg di ketuk, daun limau purut yg dibuang tulang tgh nya. 
Kemudian masukkan ayam. Kalau korang nak buat seafood pun sama jugak cuma udang masukkan last sekali ok. Bila ayam dah agak2 nak empuk masukkan sayur. 
Lepastu masukkan susu cair 1 - 2 sudu besar. Perah limau kasturi. 
Korang rasa la tomyam korang dah rasa pedepowwww ke belum. Tambah la apa yg patut kalau tak pedepowww lg. Hehehe...tambah garam ke pes tomyam lg ke. Sampai korang dpt rasa tomyam pedepowww tu la. 

Oh ya...klu semua dah ok sebelum tutup api barulah masukkan buah tomato potong. Then tutup api.
Korang try la. Yang penting masak dengan kasih sayang tau jangan masak sambil dok pok pek pok pek pulak. Hihi...selamat mencuba ðŸ˜™

Ni la rupa tomyam aku. Terliur tak??? :p

Friday, December 4, 2015

Cuci Sawang

Assalamualaikum.......

Salam Jumaat yang Barakah. Semoga kita semua dirahmati oleh-NYA. Amin :)

weiiiiiiii......rindu gilos la dengan blog ni. Fuh....last entry January 2015 and now dah December. magadddd......sawang penuh dah weiiii. Dah terbelit2 dalam balutan sawang. Hahahahaha....

Macamana life korang sekarang? Yelah, sekarang ekonomi tgh teruk sangat kan. Apa effect kat korang ke takde effect ape2. Working life? Family? Marriage? Friendship? Love? Etc? Jom share ;)

Untuk aku...so far Alhamdulillah. Walaupun takdelah hidup mewah senang lenang goyang kaki duit masuk...hahahaha. Tapi, Alhamdulillah bersyukur dengan apa adanya. lagi 2 hari genaplah setahun kehidupan berumah tangga & jadi isteri kepada encik suami yang sangat baik hati. Walaupun kami masih berdua, we live happily...insyaAllah semoga keakhirnya. Amin :)

Working life.....hmmmm. keje ok la just lately ni busy lah sangat. Kadang2 balik lewat malam kadang2 esoknya baru balik. memang dah rasa bosan gila...orang kedah kata "cemuih" dgn keje sekarang ni. tapi tu la...bersabar je lah, nak cari keje bukan senang skrg tambah pulak keadaan ekonomi yg tak stabil ni.

Travelling...this year oversea trip aku pegi lombok je lah awal tahun sempena honeymoon. Pastu tak p mana2 dah...just keluar masuk pulau perhentian/tioman/redang je la...oh ya for you guys yg tak tahu. Aku & husband buat package ke Pulau Perhentian, Pulau Redang & Pulau Tioman. So, kalau korang nak cari pakej roger2 la kitorang okeh. Nak amik lesen scuba diving pun boleh :)
Sambung pasal travelling, next trip to Koh Samui bulan March 2016.


ok lah....till we meet again in next post. Aku kat ofis ni..nak sambung keje la nokkkkk ;)