Sunday, December 23, 2012

Dugaan & Ketabahan

hidup ini takkan pernah lari dari dugaan. selagi kita hidup...dugaan bersilih ganti sehinggalah kita menutup mata. dah mati pun belum tentu habis masalah...kesulitan saat ajal menjemput, kesulitan di dalam kubur dan alam selepas itu. so, janganlah mengeluh dengan setiap dugaan yg kita hadapi. takde org yg x pernah ada masalah. cuma, yang membezakan samada masalah kecik atau besar dan macamana kita nak menghadapinya. secara bijak atau ikut perasaan.

sama juga macam saya, dugaan tak pernah putus. ada yg biasa2 dan ada yang saya sendiri tak pernah terfikir semua ni akan berlaku pada diri saya. when it's happen, memang terduduk lah sekejap, lidah kelu tak mampu berkata, otak kosong tak mampu nak berfikir dah. memang beristighfar banyak lah & mohon kekuatan & petunjuk dari Allah s.w.t...supaya di permudahkan segala urusan.

macam sekarang, saya tengah melalui satu dugaan yang boleh tahan hebat & masih belum selesai. some of friends yg tahu tertanya2 macamana saya mampu utk lalui semua ni bila diorang tengok saya seperti takde masalah. bila jumpa saya, saya sentiasa tersenyum, gelak ketawa seperti biasa...memang muka saya tak menunjukkan saya tengah ada masalah yg sangat besar. dan bila diorang tahu, mmg diorang tergejut sangat sbb kalau mereka yg melalui semua ni memang dah hampir bunuh diri kot. sama juga dengan my family...my brother pun pernah cakap saya macam tak kisah & tak fikir tentang masalah saya sedangkan mereka semua dah risau sangat. berat mata memandang berat lagi bahu memikul.....sapelah yg tak runsing bila terkena batang hidung sendiri pulak tu kan.

sebenarnya, sebelum kawan2 terdekat & family tahu masalah yg saya hadapi, saya dah cukup rasa stress, give up....rasa macam dunia dah nak berakhir. menangis...menangis...menangis...tapi hanya dalam bilik sbb tu takde org tahu. saya menangis sepuas2nya sampai dah tak mampu utk menangis lagi. saya berdoa minta di berikan petunjuk, kekuatan, ketabahan, kesabaran utk saya melalui semua ini. Alhamdulillah, berkat kesabaran....saya masih terus tabah hingga ke saat ini. walaupun kadang2 ada hari yg rasa macam teruk sangat....saya hanya tersenyum, tarik nafas, beristighfar....dan yang paling penting sentiasa berfikiran positif. dan saya terus berharap, semoga segalanya selesai dgn baik. AMIN :)



No comments:

Post a Comment