Friday, December 4, 2015

Cuci Sawang

Assalamualaikum.......

Salam Jumaat yang Barakah. Semoga kita semua dirahmati oleh-NYA. Amin :)

weiiiiiiii......rindu gilos la dengan blog ni. Fuh....last entry January 2015 and now dah December. magadddd......sawang penuh dah weiiii. Dah terbelit2 dalam balutan sawang. Hahahahaha....

Macamana life korang sekarang? Yelah, sekarang ekonomi tgh teruk sangat kan. Apa effect kat korang ke takde effect ape2. Working life? Family? Marriage? Friendship? Love? Etc? Jom share ;)

Untuk aku...so far Alhamdulillah. Walaupun takdelah hidup mewah senang lenang goyang kaki duit masuk...hahahaha. Tapi, Alhamdulillah bersyukur dengan apa adanya. lagi 2 hari genaplah setahun kehidupan berumah tangga & jadi isteri kepada encik suami yang sangat baik hati. Walaupun kami masih berdua, we live happily...insyaAllah semoga keakhirnya. Amin :)

Working life.....hmmmm. keje ok la just lately ni busy lah sangat. Kadang2 balik lewat malam kadang2 esoknya baru balik. memang dah rasa bosan gila...orang kedah kata "cemuih" dgn keje sekarang ni. tapi tu la...bersabar je lah, nak cari keje bukan senang skrg tambah pulak keadaan ekonomi yg tak stabil ni.

Travelling...this year oversea trip aku pegi lombok je lah awal tahun sempena honeymoon. Pastu tak p mana2 dah...just keluar masuk pulau perhentian/tioman/redang je la...oh ya for you guys yg tak tahu. Aku & husband buat package ke Pulau Perhentian, Pulau Redang & Pulau Tioman. So, kalau korang nak cari pakej roger2 la kitorang okeh. Nak amik lesen scuba diving pun boleh :)
Sambung pasal travelling, next trip to Koh Samui bulan March 2016.


ok lah....till we meet again in next post. Aku kat ofis ni..nak sambung keje la nokkkkk ;)

No comments:

Post a Comment