Wednesday, March 23, 2011

I'm SiCK


i'm creating this entry while landing on my bed actually. baru lepas makan ubat and waiting to 'pengsan'. hehe.......

cik wieda start demam since petang isnin hari tu. badan seram sejuk...menggigil...sakit sendi2 badan...

last week on Friday,11 Mar 2011...cik wieda sakit kepala yg teramat sgt. time tu cik wieda otw back to hometown (kedah). mmg mcm nak pecah kepala...tapi menggagahkan diri utk drive. Then, Sabtu lps bangun tidur dah x rasa apa2. So, i think it should be ok la...then, suddenly on Sunday tu dtg balik sakit kepala...sgt2 sakit. but, i have no choice to drive back to Shah Alam. haih.....

Monday - Thursday.....cik wieda sihat ja. Jumaat bertolak ke JB lak. Sabtu tu rasa macam sakit sikit2...risau jugak kalau makin teruk. but, after sleep for a while dah ok. Alhamdulillah :)

Ahad balik ke Shah Alam. Petang tu my bro potong buah nangka yg d bawa dr kampung hari tu. dah masak...cik wieda pn makan la 2 ulas je...malam tu rasa sakit2 badan. aiii.....allergic dgn nangka lak ke? selalunya org cakap nangka ni angin...means byk angin la dlm badan cik wieda kot. hiks!!!

Isnin tu bangun pagi nk g keje...tekak rasa macam perit sikit...nak demam ke??? after reached office, minum...dah rasa ok. tiba2 petang tu around 4-5pm dah start rasa sakit2 badan2, menyucuk2 je....dan rasa seram sejuk dah. i know i dah demam la tu...badan pun dh panas sikit...

balik keje petang tu...rasa sejuk gilerr, siap pakai socks and jacket. malam tu makan panadol 2 biji..2-3 lapis selimut. hehe.......bangun pagi badan dah peluh2...and dh rasa ok. so, cik wieda g opis mcm biasa...wat keje.....tapi, start lunch cik wieda dh rasa seram sejuk balik and bahu kanan cik wieda pun rasa sakit sgt. risau jg pasal bahu tu takut anything happen kan...sebab x tahan sgt sejuk menggigil2 tu, balik keje cik wieda g klinik.

Doc cakap nadi laju...tekanan darah rendah sikit. If still x ok lepas makan ubat dia suruh dtg balik next day amik blood test. so, malam tu pas makan ubat...tidur sampai berpeluh lencun la baju...hehe. woke up this morning, i felt ok....so i'm happy la coz no need to take blood test. cik wieda g keje even doc bg MC sebenarnya hari ni.

cik wieda dh x demam d ofis hari ni...cuma sakit di bahu makin bertambah sakit. tapi...dlm 3pm cik wieda dh rasa tangan sgt sejuk but still feel comfortable. tapi, cik wieda balik awal dlm 4pm sbb nk g klinik nak cek bahu.

dalam 5.30pm sampai umah...time tu la rasa demam balik......start seram sejuk and panas badan. oh no.........hope it's just normal fever. so, esok petang if still demam lagi then i need to see doc for blood test. hopefully -ve :(


Wednesday, March 16, 2011

Azan berkumandang 24 jam sehari di seluruh dunia!!!

 
Assalamualaikum.....terjumpa artikel ini di internet. Sangat menarik dan cik wieda nak share dgn semua dan pada sesiapa yg belum tahu. Subhanallah.....betapa hebatnya ciptaan Allah S.W.T
 
*******************************************************
 

Ribuan bilal akan melaungkan seawal kira-kira 5.30 pagi, Azan Subuh yang bermula di bahagian timur, Indonesia dan proses itu akan bergerak ke barat kepulauan Indonesia dengan perbezaan waktu timur dan barat kepulauan Jawa adalah 90 minit.

Belum pun laungan Azan itu selesai di seluruh Indonesia, mengikut perkiraan, ia akan bergema di Malaysia, kemudian disambut di utara, di Myanmar, China dan seterusnya. Dalam tempoh satu jam bermulanya Azan Subuh di Jakarta, Azan akan bersahutan di Bangladesh dan bergema pula di India.

Belum berakhir di Pakistan, laungan Azan Subuh akan dilaungkan di Afghanistan dan Oman. Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad, Iraq dianggarkan satu jam, maka dalam jangka masa ini juga Azan Subuh dikira akan dilaungkan di Emiriyah Arab Bersatu, di tanah suci Mekah dan Madinah dan negara-negara lain.

Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik dalam jangka masa sembilan jam setengah, tetapi sebelum Azan Subuh bergema di situ, Azan Zohor sudah berkemundang di Indonesia semula. Begitulah seterusnya bilal-bilal di serata pelusuk dunia akan sahut menyahut melaungkan keagungan Allah dan Nabi Muhammad s.a.w setiap detik, sepanjang waktu.



SEJARAH AZAN

Terjemahan Azan secara harfiah:

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,
Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah,
Aku bersaksi bahawa Muhammad Pesuruh Allah, Marilah mengerjakan solah,
Marilah menuju kejayaan,
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Tiada Tuhan melainkan Allah
.

Maksud kalimah-kalimah ini mengikut ulama adalah lebih luas daripada tujuh lautan tetapi secara ringkas ialah bahawa Allah mengatasi segala-galanya dan bahawa Tuhan hanyalah satu dan Muhammad adalah rasulnya. Lakukanlah solat untuk mendapat kejayaan di dunia dan akhirat. Bahawa Allah adalah di atas segala ciptaanNya dan bahawa Allah hanya satu.

Dari segi sejarahnya, dikisahkan Azan mula diamalkan pada tahun pertama hijrah umat Islam dari Mekah ke Madinah pada abad ketujuh Masehi.

Mengikut Hadis yang diriwayatkan Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Umar bin al-Khattab r.a. tiada orang yang menyeru atau melaungkan Azan ketika orang Islam berkumpul dan menunggu untuk mengerjakan sembahyang pada mula-mula umat Islam berhijrah ke Madinah.

Ini menyebabkan pada suatu hari Rasullullah s.a.w. mengumpulkan para sahabat dan membincangkan cara mengingatkan umat Islam waktu solat telah masuk dan mengajak mereka ke masjid melakukan solat berjemaah.

Solat bagi umat Islam bukan sahaja sekadar menyembah Pencipta alam semesta tetapi juga merupakan ikrar mematuhi peraturan hidup yang ditetapkan olehNya di samping memohon petunjuk dan rahmat

Pada mesyuarat itu, ada yang mencadangkan supaya dikibarkan bendera, ada yang mengesyorkan ditiupkan serunai atau terompet dan ada juga yang mencadangkan supaya dibunyikan loceng, namun semua usul itu ditolak Nabi Muhammad s.a.w.

Umar kemudian mencadangkan supaya diteriakkan ayat "telah datang waktu solat" dan ini diterima Nabi, tetapi Baginda menukar lafaznya kepada "assolatu jamiaah" yang bererti "Marilah solat berjemaah".

Sehinggalah pada suatu malam Abdullah bin Zaid bermimpi mengenai cara yang lebih baik untuk menghebahkan solat dengan mengumandangkan Allahhu Akbar (dan seterusnya...)

Semasa diberitahu kepada Rasullullah s.a.w pada paginya, (Umar juga menyatakan bermimpi yang serupa), Baginda bersabda: "Mimpi itu mimpi yang benar", maka Nabi memerintahkan Bilal bin Rabah melaungkan azan itu.

Untuk solat Jumaat, Azan berkumandang sebanyak dua kali, kali pertama menandakan masuk waktu Zohor untuk memanggil orang Islam ke masjid dan kali kedua sejurus sebelum Imam memulakan Khutbah Jumaat.

Begitu juga Azan Subuh diamalkan semasa zaman Rasullullah s.a.w. dikumandangkan dua kali seperti yang dilakukan di Masjidil Haram -- pertama selepas berlalunya separuh malam untuk memberitahu muslimin bahawa waktu Subuh sudah hampir dan waktu itulah mereka digalakkan bersembahyang sunat tahajjud dan sebagainya atau bersahur untuk berpuasa. Azan kedua diperdengar ketika masuk waktu Subuh dengan tambahan lafaz "as-salatu khayrun min an-naum (solat itu lebih baik daripada tidur).

Selain untuk tujuan sembahyang, Azan sunat diamalkan untuk dibisikkan ke telinga bayi lelaki baru lahir atau suatu ketika dulu sebagai isyarat untuk memaklumkan kepada umat Islam waktu mudarat atau bahaya seperti bencana alam, kebakaran dan perang.
 
 
nota kaki: pernah juga terbaca...laungan azan tanpa henti ini menyebabkan 'dajjal' x dapat keluar dari perut bumi. dia akan terjatuh setiap kali azan berkumandang.

Married but..........

huh.....beribu persoalan bermain2 d fikiran cik wieda. Almost everyday cik wieda dgr citer2 yg kurang menarik ni. Dah ada suami/isteri tapi bercinta dgn laki/pompuan lain lagi!!! kenapa ye??? serius...cik wieda rasa fobia bila dengar kes macam ni.

Kalau dulu ingat lakonan dalam drama/filem je. But, it happens in actual life. Ada kawan2 cik wieda yg menghadapi situasi macam ni....bila dengar or tau citer rasa macam x percaya. But, it's truth!!!!

Especially, pada si isteri la....x rasa berdosa ke ada hubungan dgn lelaki lain? Ya Allah, berilah petunjuk pada mereka dan jauhi lah aku dari segala dosa besar, maksiat dan zina.

Lelaki pun....mmg la quota ada 4. Tapi, kalau x mampu x payah la nak menggatal. Bab ni pandai pulak citer pasal sunnah Nabi semua...tapi yg wajib tanggungjawab & nafkah utk isteri/anak2 xde pulak fikir.

Entahlah......sama je laki ke pompuan kalau akal dah letak kat lutut. Nafsu merajai segalanya mmg cakap apa pun x guna. Apa pun 'tepuk sebelah tangan xkan berbunyi'....hmmm...harap2 d jauhi dari segala ni.


nota kaki: setiap manusia melakukan kesilapan....kerana kita lemah dgn godaan syaitan...tapi sebesar manapun dosa kita,membunuh sekalipun...pohon la ampun dari Allah S.W.T.....bertaubat dan berubah ke jalan yg betul ***cik wieda sendiri byk melakukan kesilapan....semoga DIA merahmati segalanya. Amin