Friday, December 4, 2015

Cuci Sawang

Assalamualaikum.......

Salam Jumaat yang Barakah. Semoga kita semua dirahmati oleh-NYA. Amin :)

weiiiiiiii......rindu gilos la dengan blog ni. Fuh....last entry January 2015 and now dah December. magadddd......sawang penuh dah weiiii. Dah terbelit2 dalam balutan sawang. Hahahahaha....

Macamana life korang sekarang? Yelah, sekarang ekonomi tgh teruk sangat kan. Apa effect kat korang ke takde effect ape2. Working life? Family? Marriage? Friendship? Love? Etc? Jom share ;)

Untuk aku...so far Alhamdulillah. Walaupun takdelah hidup mewah senang lenang goyang kaki duit masuk...hahahaha. Tapi, Alhamdulillah bersyukur dengan apa adanya. lagi 2 hari genaplah setahun kehidupan berumah tangga & jadi isteri kepada encik suami yang sangat baik hati. Walaupun kami masih berdua, we live happily...insyaAllah semoga keakhirnya. Amin :)

Working life.....hmmmm. keje ok la just lately ni busy lah sangat. Kadang2 balik lewat malam kadang2 esoknya baru balik. memang dah rasa bosan gila...orang kedah kata "cemuih" dgn keje sekarang ni. tapi tu la...bersabar je lah, nak cari keje bukan senang skrg tambah pulak keadaan ekonomi yg tak stabil ni.

Travelling...this year oversea trip aku pegi lombok je lah awal tahun sempena honeymoon. Pastu tak p mana2 dah...just keluar masuk pulau perhentian/tioman/redang je la...oh ya for you guys yg tak tahu. Aku & husband buat package ke Pulau Perhentian, Pulau Redang & Pulau Tioman. So, kalau korang nak cari pakej roger2 la kitorang okeh. Nak amik lesen scuba diving pun boleh :)
Sambung pasal travelling, next trip to Koh Samui bulan March 2016.


ok lah....till we meet again in next post. Aku kat ofis ni..nak sambung keje la nokkkkk ;)

Friday, January 23, 2015

Delayed wishes "Happy New Year 2015"

Bismillahhirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.t.h

Perkara biasa blog aku ni tenggelam timbul...yang pasti sepi peneman setia. hehehe....apapun aku rasa masih belum terlewat untuk ucapkan "Selamat Tahun Baru 2015". Sudah 23 hari kita di tahun 2015 ni. So far, macamana permulaan new year korang? Bagus? Tak bagus? Apa pun....bersyukur dan terimalah apa jua yang terjadi seadanya ok.

Entry asalnya ni nak bercerita pasal percutian honeymoon ke Lombok - Gili Trawangan. ni kira entry teaser lah.....nanti aku buat full entry ok. aku tau ramai yg search info pasal Lombok dan Gili Trawangan ni. macam aku la...tapi tak banyak lagi info dalam blog dari orang2 Malaysia. Maklumlah bila sebut Lombok...ramai yang takut. hihi....ye la dulu kan femes kes lelaki Lombok suka bawak lari anak gadis Malaysia. InsyaAllah, aku cuba la bagi info sebanyak mungkin based on my own experience hampir seminggu di sana. Tapi.....Lombok memang best weiiii!!!!! Sebabtu la dah cakap jangan p Lombok..........pasti jatuh cinta! 

Ok la...aku curi2 berblog kat opis ni. Nanti ada masa aku sambung story okeh ;)

Sunday, September 7, 2014

I am officially a DIVER...yeayyyyyyyyyyyyyy!!!!!


woootttt! wooottt! wooottt!

call me DIVER now okeh! hahahahaha...poyo tak? mohon jangan muntah ya uols :p

sape2 yang memang dalam lubuk hati tu teringin nak menyelam dlm lautan dalam dgn ikan2 yang hensem n lawa n comey tu.....please do it! u wont regret! it's really awesome and amazing. trust me :)

before aku amik course open water ni, aku buat DSD dulu. DSD tu nama singkatan untuk "Discover Scuba Diving". DSD ni korang takde la dpt lesen ke sijil bagai. Ni kira trial la...bagi kenal2 dengan equipment semua. bagi ada feel nak menyelam tu. sebab ada org takut...ye la kau nak masuk dalam air kot...kang takleh nafas, lemas dalam air tu camno? laut pulak tu...tambah pulak yang tak reti berenang macam aku nih. hahahaha...

DSD ni aku buat kat Akuatik Shah Alam. Bayar RM100 je. Semua disediakan. korang just bawak diri je lah and be ready mental & physical. dalam air tokleh nak cakap kalau korang nak tanye pape...so jgn gelabah ok. masa aku buat DSD ni...memang berdebar2 la jantung jiwa raga aku. aku suka air tapi aku tak reti berenang oiii....

mula2...diorang akan tunjuk equipment semua. bagitau fungsi2 dan cara nak guna. ajar pasang semua. lepas tu get ready la nak terjun dalam pool. korang kena pakai tank tu mcm galas bag tu....berat ok. aku risau gak time tu takut tebalik ke belakang ke ape ke. hahaha.....tapi dalam air dah tak rasa berat. time nak terjun dalam pool tu, aku rasa ada la 5 minit aku dok delay. kang aku terjun terus tenggelam camne aku nak buat? hahaha.....at last tawakal...kuatkan diri aku pun terjun. Alhamdulillah........aku berjaya!!! 

next......tibalah masa untuk menyelam. ok la....slow2 aku descent. sampai bawah tu kena duduk melutut tunggu arahan dari instructor nak buat apa. masa nak descent tu kena buat equalize. selalunya bila makin dalam kite turun telinga akan rasa sakit sbb tekanan. so, kena equalize. pastu, next skill.....regulator recovery. korang kena cabut regulator tu dari mulut...pastu kena exhale small bubbles in few seconds. then kena pakai balik regulator tu. time masukkan balik reg tu dlm mulut aku rasa air penuh dalam mulut aku...memang gelabah la beb. kau gila nak telan air tu ke. aku dah taktau nak buat camne anda rasa macam dah nak lemas...terus cepat2 aku naik surface. nasib baik 5meter je....rupanya aku miss satu step bila pakai balik reg tu. hehehe...turun balik buat sekali lagi, aku berjaya!!! hahahaha

next....mask clearing!!
haaaa........yang ni memang aku fail. aku taktau la berapa puluh kali aku try. point dia. aku takut. sebab...bila buka mask tu....ko nak pakai balik sah2 la air penuh dalam mask tu. aku tak reti nak hembus air keluar dari mask tu and yang pasti aku takut lemas tersedut air masuk hidung. hahahahaha....tapi sebenarnye senang je. ko dah bernafas guna reg tu so even ko buka mask tu just bernafas mcm biasa guna mulut. air mmg tak masuk hidung pun....cuma aku tak paham konsep. hua3

ok....tu citer DSD. 
pada 21 - 23 june aku pegi amik Open Water course kat Pulau Perhentian. walaupun aku dah buat DSD tapi still nervous tu kuat. ye la...this time dlm air laut kot. air laut dan air kolam tak sama tau. apa yang di ajar masa DSD tu akan belajar balik masa amik OW ni and lagi details la.

Alhamdulillah....aku berjaya menyempurnakan OW course aku selama 3 hari tu. walaupun banyak lagi yang tak ok....especially buoyancy control aku...memang teruk. huhu.....takpe. kena dive and dive and dive banyak2. hopefully my skills will improve. sure...i will!! hehe....can't wait for next year dive trip at LOMBOK. yeayyyyyyyy

lesen open water korang boleh dive kedalaman 18 meter. tapi memang best la kat bawah tu tgk coral2...sea life yg kita tak pernah tengok sebelum ni. amazing sangat....

so...kalau korang nak try DSD or nak terus amik Open Water License, boleh contact aku ok.

whatsapp/wechat: 019-3961006
Instagram: thewieda2ushop
FB Page: PakejPulauTiomanDanPulauPerhentian  <<--- click="" p="" sini="">

banyak lagi nak citer, tapi dh panjang sgt entry ni. nanti aku buat entry lain ok. bawah ni ada sikit gambar2 untuk korang layan ;)