Tuesday, December 8, 2015

Ayam Masak Lemak Cili Api

Kemarin....aku ponteng keje. Monday Blues la konon. hehehe....so aku masak la untuk lunch nanti husband aku boleh la balik makan. Isteri mithali kononnya :p

Mula2 nak masak daging kicap, balance daging kurban haritu ada lagi sikit. Tapi dah potong2 sikit sangat dagingnye. Pikiaq punya pikiaq, aku buat masak daging goreng berlada la. Aku tambah lauk ayam sikit buat masak lemak cili api. Lepas tu sayur sawi tumis sos tiram.

Whatsapp en husband tanya balik pukul berapa. Dia cakap lewat, suruh aku makan dulu. Aku memang tengah lapaq aku makan la dulu. 5 minit aku habis makan, en husband whatsapp dah otw pulak. En husband sampai aku hidangkan makan, senduk nasi, bancuh ayaq teh ais. Dia pun makan dan tambah lagi. Aku tanya ok tak masak lemak tu dia cakap ok.

Malam tu time dinner (makan nugget, sosej je) en husband cakap "masak lemak tengahari tadi memang paling terbaik lah, resepi mana u pakai". weeeeeeeeee..............kembang kempis aih hidung cek. Sapa tak syok weiii laki puji. Dia puji ikhlas ka atau nak amik hati ja ka itu belakang kira la. Yang penting hati aku dah berbunga2 setaman. Hahahaha... Sebelum ni mmg pernah buat masak lemak cili api tapi untuk en husband first time la masak.


Memandangkan dapat pujian, ni aku nak share resepi "Masak Lemak Cili Api Ayam" yang paling terbaik tu. Hahaha

Bawang merah, bawang putih, buah keras, halia, kunyit hidup/serbuk (aku pakai serbuk), cili api kalau nak pedas letak banyak, kalau nak biasa2 letak sikit. aku pakai cili api merah ja sbb cili api hijau takdak stok. Semua ni hampa blend. Kuantiti bahan2 ikut banyak mana korang nak masak. Aku macam biasa agak2 ja.

Masukkan semua bahan kisar tadi dalam periuk. Tak perlu tumis. Masukkan serai yg diketuk, daun kunyit di simpul, asam keping kalau kecik letak 2 keping, kalau besar 1 pun cukup, masukkan ayam, ubi kentang. Biar ayam & kentang empuk. Masukkan susu cair anggaran sesenduk. Aku tak pakai santan sbb santan takdak stok malas nak pi kedai. hehe... Rasa masin, masam, manis semua. Tambah apa yang kurang. kalau semua dah ok boleh la tutup api. Siapppppppppp


Tomyam Ayam ala Thai

TOMYAM. Hubby punya fav. Kalau p mkn kat kedai tomyam wajib dia order. Tapi kalau dia suruh aku masak, aku pikiaq byk kali sebab mmg dari sebelum kawen asyik fail masak tomyam. Rasa tu tak sampai bila masak. Mcm2 resepi try buat tak dpt gak taste tomyam mcm kat kedai tu. Beberapa bulan lepas aku start eksperimen tomyam setiap kali mkn kat kedai. Cuba hayati rasa tomyam tu. Hehehehe. Tadi dok pikiaq2 apa nak masak, mai ilham nak masak tomyam. Alhamdulillah...kali ni aku berjaya. Tersenyum gembira bila husband makan sampai menghirup kuah. Hahahaha

Aku pakai pes tomyam yg aku beli masa balik kg dulu. Actually, dulu dah pernah masak pakai pes tomyam ni tapi tak sedap so aku ingat aku salah beli pes tomyam. Haritu dok google tgk ramai yg ckp pes tomyam ni sedap. So, aku try la masak lagi. Memang jadi la kali ni...pedepowwww sedap rasanya.

Credit pic: Google

Ni resepi aku guna:
Bawang merah, bawang putih, serai, halia, lengkuas, tomato. 
Semua ni di blend sekali. Kuantiti setiap bahan korang agak2 la tgk byk mana masakan korang tu. Aku selalu masak mmg agak2 je. Tapi lengkuas jgn letak byk sgt..sikit je. Haritu aku tak letak lengkuas pun sbb takde stok kat umah.

Letak sikit minyak dlm periuk/kuali. Sikit je tau just buat syarat nk tumis. Bila minyak dah panas, tumiskan bahan blend tadi. Dah naik bau dan agak kering sikit masukkan pes tomyam 2-3 sudu (ni pun ikut sesedap rasa korang & kuantiti masakan korang. Kalau rasa x ckp nanti boleh tambah lg). 
Masukkan serai yg di ketuk, daun limau purut yg dibuang tulang tgh nya. 
Kemudian masukkan ayam. Kalau korang nak buat seafood pun sama jugak cuma udang masukkan last sekali ok. Bila ayam dah agak2 nak empuk masukkan sayur. 
Lepastu masukkan susu cair 1 - 2 sudu besar. Perah limau kasturi. 
Korang rasa la tomyam korang dah rasa pedepowwww ke belum. Tambah la apa yg patut kalau tak pedepowww lg. Hehehe...tambah garam ke pes tomyam lg ke. Sampai korang dpt rasa tomyam pedepowww tu la. 

Oh ya...klu semua dah ok sebelum tutup api barulah masukkan buah tomato potong. Then tutup api.
Korang try la. Yang penting masak dengan kasih sayang tau jangan masak sambil dok pok pek pok pek pulak. Hihi...selamat mencuba ðŸ˜™

Ni la rupa tomyam aku. Terliur tak??? :p

Friday, December 4, 2015

Cuci Sawang

Assalamualaikum.......

Salam Jumaat yang Barakah. Semoga kita semua dirahmati oleh-NYA. Amin :)

weiiiiiiii......rindu gilos la dengan blog ni. Fuh....last entry January 2015 and now dah December. magadddd......sawang penuh dah weiiii. Dah terbelit2 dalam balutan sawang. Hahahahaha....

Macamana life korang sekarang? Yelah, sekarang ekonomi tgh teruk sangat kan. Apa effect kat korang ke takde effect ape2. Working life? Family? Marriage? Friendship? Love? Etc? Jom share ;)

Untuk aku...so far Alhamdulillah. Walaupun takdelah hidup mewah senang lenang goyang kaki duit masuk...hahahaha. Tapi, Alhamdulillah bersyukur dengan apa adanya. lagi 2 hari genaplah setahun kehidupan berumah tangga & jadi isteri kepada encik suami yang sangat baik hati. Walaupun kami masih berdua, we live happily...insyaAllah semoga keakhirnya. Amin :)

Working life.....hmmmm. keje ok la just lately ni busy lah sangat. Kadang2 balik lewat malam kadang2 esoknya baru balik. memang dah rasa bosan gila...orang kedah kata "cemuih" dgn keje sekarang ni. tapi tu la...bersabar je lah, nak cari keje bukan senang skrg tambah pulak keadaan ekonomi yg tak stabil ni.

Travelling...this year oversea trip aku pegi lombok je lah awal tahun sempena honeymoon. Pastu tak p mana2 dah...just keluar masuk pulau perhentian/tioman/redang je la...oh ya for you guys yg tak tahu. Aku & husband buat package ke Pulau Perhentian, Pulau Redang & Pulau Tioman. So, kalau korang nak cari pakej roger2 la kitorang okeh. Nak amik lesen scuba diving pun boleh :)
Sambung pasal travelling, next trip to Koh Samui bulan March 2016.


ok lah....till we meet again in next post. Aku kat ofis ni..nak sambung keje la nokkkkk ;)

Friday, January 23, 2015

Delayed wishes "Happy New Year 2015"

Bismillahhirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.t.h

Perkara biasa blog aku ni tenggelam timbul...yang pasti sepi peneman setia. hehehe....apapun aku rasa masih belum terlewat untuk ucapkan "Selamat Tahun Baru 2015". Sudah 23 hari kita di tahun 2015 ni. So far, macamana permulaan new year korang? Bagus? Tak bagus? Apa pun....bersyukur dan terimalah apa jua yang terjadi seadanya ok.

Entry asalnya ni nak bercerita pasal percutian honeymoon ke Lombok - Gili Trawangan. ni kira entry teaser lah.....nanti aku buat full entry ok. aku tau ramai yg search info pasal Lombok dan Gili Trawangan ni. macam aku la...tapi tak banyak lagi info dalam blog dari orang2 Malaysia. Maklumlah bila sebut Lombok...ramai yang takut. hihi....ye la dulu kan femes kes lelaki Lombok suka bawak lari anak gadis Malaysia. InsyaAllah, aku cuba la bagi info sebanyak mungkin based on my own experience hampir seminggu di sana. Tapi.....Lombok memang best weiiii!!!!! Sebabtu la dah cakap jangan p Lombok..........pasti jatuh cinta! 

Ok la...aku curi2 berblog kat opis ni. Nanti ada masa aku sambung story okeh ;)

Sunday, September 7, 2014

I am officially a DIVER...yeayyyyyyyyyyyyyy!!!!!


woootttt! wooottt! wooottt!

call me DIVER now okeh! hahahahaha...poyo tak? mohon jangan muntah ya uols :p

sape2 yang memang dalam lubuk hati tu teringin nak menyelam dlm lautan dalam dgn ikan2 yang hensem n lawa n comey tu.....please do it! u wont regret! it's really awesome and amazing. trust me :)

before aku amik course open water ni, aku buat DSD dulu. DSD tu nama singkatan untuk "Discover Scuba Diving". DSD ni korang takde la dpt lesen ke sijil bagai. Ni kira trial la...bagi kenal2 dengan equipment semua. bagi ada feel nak menyelam tu. sebab ada org takut...ye la kau nak masuk dalam air kot...kang takleh nafas, lemas dalam air tu camno? laut pulak tu...tambah pulak yang tak reti berenang macam aku nih. hahahaha...

DSD ni aku buat kat Akuatik Shah Alam. Bayar RM100 je. Semua disediakan. korang just bawak diri je lah and be ready mental & physical. dalam air tokleh nak cakap kalau korang nak tanye pape...so jgn gelabah ok. masa aku buat DSD ni...memang berdebar2 la jantung jiwa raga aku. aku suka air tapi aku tak reti berenang oiii....

mula2...diorang akan tunjuk equipment semua. bagitau fungsi2 dan cara nak guna. ajar pasang semua. lepas tu get ready la nak terjun dalam pool. korang kena pakai tank tu mcm galas bag tu....berat ok. aku risau gak time tu takut tebalik ke belakang ke ape ke. hahaha.....tapi dalam air dah tak rasa berat. time nak terjun dalam pool tu, aku rasa ada la 5 minit aku dok delay. kang aku terjun terus tenggelam camne aku nak buat? hahaha.....at last tawakal...kuatkan diri aku pun terjun. Alhamdulillah........aku berjaya!!! 

next......tibalah masa untuk menyelam. ok la....slow2 aku descent. sampai bawah tu kena duduk melutut tunggu arahan dari instructor nak buat apa. masa nak descent tu kena buat equalize. selalunya bila makin dalam kite turun telinga akan rasa sakit sbb tekanan. so, kena equalize. pastu, next skill.....regulator recovery. korang kena cabut regulator tu dari mulut...pastu kena exhale small bubbles in few seconds. then kena pakai balik regulator tu. time masukkan balik reg tu dlm mulut aku rasa air penuh dalam mulut aku...memang gelabah la beb. kau gila nak telan air tu ke. aku dah taktau nak buat camne anda rasa macam dah nak lemas...terus cepat2 aku naik surface. nasib baik 5meter je....rupanya aku miss satu step bila pakai balik reg tu. hehehe...turun balik buat sekali lagi, aku berjaya!!! hahahaha

next....mask clearing!!
haaaa........yang ni memang aku fail. aku taktau la berapa puluh kali aku try. point dia. aku takut. sebab...bila buka mask tu....ko nak pakai balik sah2 la air penuh dalam mask tu. aku tak reti nak hembus air keluar dari mask tu and yang pasti aku takut lemas tersedut air masuk hidung. hahahahaha....tapi sebenarnye senang je. ko dah bernafas guna reg tu so even ko buka mask tu just bernafas mcm biasa guna mulut. air mmg tak masuk hidung pun....cuma aku tak paham konsep. hua3

ok....tu citer DSD. 
pada 21 - 23 june aku pegi amik Open Water course kat Pulau Perhentian. walaupun aku dah buat DSD tapi still nervous tu kuat. ye la...this time dlm air laut kot. air laut dan air kolam tak sama tau. apa yang di ajar masa DSD tu akan belajar balik masa amik OW ni and lagi details la.

Alhamdulillah....aku berjaya menyempurnakan OW course aku selama 3 hari tu. walaupun banyak lagi yang tak ok....especially buoyancy control aku...memang teruk. huhu.....takpe. kena dive and dive and dive banyak2. hopefully my skills will improve. sure...i will!! hehe....can't wait for next year dive trip at LOMBOK. yeayyyyyyyy

lesen open water korang boleh dive kedalaman 18 meter. tapi memang best la kat bawah tu tgk coral2...sea life yg kita tak pernah tengok sebelum ni. amazing sangat....

so...kalau korang nak try DSD or nak terus amik Open Water License, boleh contact aku ok.

whatsapp/wechat: 019-3961006
Instagram: thewieda2ushop
FB Page: PakejPulauTiomanDanPulauPerhentian  <<--- click="" p="" sini="">

banyak lagi nak citer, tapi dh panjang sgt entry ni. nanti aku buat entry lain ok. bawah ni ada sikit gambar2 untuk korang layan ;)










Tuesday, April 8, 2014

RINDU bertandang lagi...........

Assalamualaikum...............

ecewah...tajuk tak leh blah kan. hehehehe
sekian lama blog ni di tinggalkan kesepian. mood tak sampai la nak bercerita di tambah pulak dengan kesibukan keje. xpelah, bukan ada org nak baca pun blog kite ni kan. eheks :p

story melbourne sept 2013 baru part 1 rasanya, hahahahaha...taktaulah nak sambung ke tak. baru2 ni (march 2014), baru balik dari phuket. bila nak masuk story dlm ni pun entah la........





Wednesday, October 9, 2013

Dari Kuala Lumpur ke Melbourne (PART 1)

Assalamualaikum........

Yeahhhhhh..................finally, keluar jugak entry pasal cuti-cuti ke Melbourne, Australia. Hopefully, i can write the full story this time. Means, part 1 until last part...macam percutian sebelum ni semuanya cerita half way. hehe...and ada yg belum citer pun...KRABI, TIOMAN, TERENGGANU and few places lagi. insyaAllah, jika ada kelapangan saya cuba recall ya and story sikit2 kat sini :)

ok...back to the topic. Actually, weols dah book tiket pada 20 September 2012 time Air Asia buat promosi. Dapat tiket dgn harga RM846/pax return inc baggage. Travel on 6-11 Sept 2013. Murah kan.....so, TIPS kalau nak dapat tiket murah, kena booking dlm tempoh setahun dari date promotion ke travel date tu. Memang la mcm lame gilerrr kan nak counting the days. But, no worries....within a year tu uols can plan properly the itinerary. Buat survey about the places, most important about the budget unless uols mmg duit berkepuk2 dlm tong beras kat rumah tu then suke hati uols la kan nak spend berapa ribu pun. hehehe..

actually, the trip was only me and my good friend "KakCik @ Rafidah". But, 3 months before the day our friend "Sarah" decided to join. But, her ticket quite expensive la....around RM1200++ if i'm not mistaken.

as usual, i will be the planner. survey mana tempat nak pergi, cost, food, accomodation & etc. So, 1st thing cari mana nak tinggal sepanjang kat sana tu. pening jugak la sebab rate AUD agak mahal kan. masa tu...dalam kepala otak, mati la aku nak simpan duit ni....bawa 3k pun belum tentu cukup agaknya. my main reference for travelling info always FORUM CARI. mmg sangat useful. from there, i baca boleh stay kat Malaysia Hall (MH) & lebih murah dari hotel. Bulan February i dah email application sebab nak apply MH mmg kena awal. Jika ada kekosongan baru dapat, diorang akan utamakan pelajar2 dulu especially kalau time nak register masuk University ada pelajar transit so susah sikit la nak dapat.

macamana nak apply MH ni uols boleh download form kat WEBSITE dan email kepada warden asrama. they said will reply in 2 weeks time. but, masa i apply sehari je dh dpt reply kalau warden Hj Rudy dulu la. sekarang Hj Rudy dah takde kot so mmg lambat sikit diorang reply. but, the sad thing is the charges has increases...sob...sob...sob....masa weols apply still lagi AUD12 per night. tapi, on June 2013 dah naik, tp still murah la dari hotel....
CategoriesRate per day (AUD)Rate after 3rd day (AUD)
Undergraduate6.0015.00
Postgraduate8.0018.00
Guest20.0030.00
Children over 7 years6.0015.00
Children under 7 yearsFreeFree




for the itinerary, this time memang i tak sempat nak plan betul2 just ingat sikit2 apa yg i baca dalam forum, blog, internet then gamble je kat sana nanti. ada mulut tanya la kan.....hehehe

time tu dah masuk spring (Sept - Nov). but, it was early sept and the weather still cold because it's transition from winter to spring. cuaca masa tu dalam 9 - 15 degree. 3 weeks before pergi hari2 check weather. hehe....sebab nak prepare baju kan. tak tau sejuk sangat ke or biasa2 je...nak bawa winter coat ke or jacket biasa ke. pening jugak la....semua last minute nak cari, hehehe...

SeasonAverage maximum Average minimum
Summer (December–February): warm to hot
25°C (77°F)14°C (57°F) 
 Autumn (March–May): mild
 20°C (68°F)11°C (52°F) 
Winter (June–August): cool to brisk 
14°C (57°F) 7°C (45°F) 
 Spring (September–November): cool to mild
20°C (68°F) 10°C (50°F)

to get clear picture on how is the actual weather there. i contacted Chef Aznil from MH. contact dia pun i got from FORUM CARI sbb ada traveller yang dah pernah berurusan dgn chef aznil time kat sana. so, i wassap dia dan dapat la info sikit2. he is very nice guy. since, weols sampai di Melbourne dah midnite so we ask chef aznil untuk ambik weols kat airport ke MH. 

Airport - Malaysian Hall = AUD50/60 per service

actually, u can get there by bus if uols sampai siang. the rate around AUD12-17 if i'm not mistaken. so, kalau korang dalam group 3-4 person u can get chef aznil to arrange for transfer by car. AUD50/60 bahagi 3-4 org lbh kurang same je kan cost nye :)
chef aznil provide tour service as well, so if uols nak pakai tour guide boleh je contact him ok. i guarantee u will enjoy and satisfy with his service tapi janganla mengada2 nak harga runtuh sangat tau. dia pun nak cari makan beb! he will be nice to u if u are nice with him. hahahahaha.....

u can contact him thru email: aznil707@yahoo.com.sg or whatsapp +61424299540

ini lah chef aznil atau kitorang panggil "pak nil" atau "abg aznil"

berapa wang kitorang bawa ke sana? ok...mula2 memang la budget dalam 3k tu pun baru dapat dalam AUD900++. mmg agak risau jugak part ni takut tak cukup duit kan. baca punya baca other traveller punye experiences and calculate all the main cost i bawa dalam 2k je. rate time tu 2.99 kat sg wang. so, dapat la dalam AUD650 je. mmg budget sangat ni......tak kisahla, nak nengok tempat org je buka nak shoping bagai pun.

oh ya....passport and visa. passport macam biasa la....kena renew sebelum 6 bulan tarikh tamat. kalau tak bye2 la kena patah balik rumah. hehe.....passport baru sekarang dah black & white tau. visa pulak, weols apply thru cik intan. she is a travel agent i think, sangat senang, cepat & murah berurusan dengan cik intan. cuma bayar RM20 je. kalau buat kat embassy mahal. hanya email kan maklumat yg di perlukan, dah siap transfer payment. jangan la korang tak bayar pulak ye, 20 hengget je :p
visa ni valid for 1 year.

email cik intan: eta.australia@yahoo.com

apa yg perlu korang attach:

1. copy passport

2. mobile number

3. email address

4. flight details

5. home address

ok....episod 1 berakhir di sini. insyaAllah saya akan cuba post episode ke 2 secepat mungkin :)

Nota Kaki: biz hebat, income lebat, badan sihat, kulit cantik. semuanya dengan "PhytoScience". Jom click --> Phytoscience-Double-StemcellTriple-Stemcell

Monday, October 7, 2013

[PETUA]: Amalan Murah Rezeki


20 Amalan Murah Rezeki:

1. Menyempatkan diri beribadah
2. Memperbanyakkan istighfar
3. Tinggalkan perbuatan dosa
4. Sentiasa ingat Allah
5. Berbakti dan mendoakan Ibu Bapa
6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
7. Tunaikan hajat orang lain
8. Banyak Berselawat
9. Buat kebajikan banyak-banyak
10. Berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik selesai solat subuh)
11. Menjalin silaturrahim
12. Melazimi kekal berwuduk
13. Bersedekah
14. Melazimi solat malam (Tahajud)
15. Melazimi solat dhuha
16. Bersyukur kepada Allah
17. Mengamalkan Zikir dan Bacaan ayat Quran tertentu (zikir @ asma'ul husna)
18. Berdoa
19. Berikhtiar Sehabisnya
20. Bertawakal



Nota Kaki: biz hebat, income lebat, badan sihat, kulit cantik. semuanya dengan "PhytoScience". Jom click --> Phytoscience-Double-StemcellTriple-Stemcell


Wednesday, September 18, 2013

Setelah lama menyepi ;)

Assalamualaikum.........................

Back to blogger world. Lama sudah ku tinggalkan rumah ini sunyi sepi walau ada tetamu berkunjung setiap hari. Terima kasih pada kamu2 yang sudi meninggalkan jejak di laman ini.

Biasalah, bila mood menulis bermusim......ada mood adalah ceritanya. Tiada mood....maka gersanglah tanah ini. hehehehe

Ok....for this coming back entry takde la apa sgt nak di ceritakan. Just wanna say "HI" to everybody :)

Btw, I just come back from my vacation in Melbourne. Seriously, it is a must visit place. Indahnya, ciptaan Tuhan. Betullah kata pepatah, jauh berjalan luas pemandangan. Melihat budaya orang di negara asing memang membuka minda. Luaskanlah langkah anda, mengembaralah ke bumi ciptaan Ilahi ini. Priceless experiences.

I will write the story of our journey in next entry ok. 

bagi teaser dulu ;)

Saturday, March 9, 2013

corat-coret "Holly-Bollywood Awards Night 2013"

Semalam (08/03/2013) berlansung "Kick Off & Annual Dinner, Holly-Bollywood Awards Night 2013" for my company kat Tropicana Golf & Country Resort.

temanya hollywood dan bollywood. so, saya pakai bollywood lah...tp biasa2 je pinjam baju ofis mate. hehe...

had so much fun with all the colleagues that nite.....jom tgk pic weols yg x seberapa malam tu :p


























Thursday, March 7, 2013

nak berhenti kerja

Assalamualaikum....

tenggelam, timbul, tenggelam, timbul.....lama betul menyelam dalam air baru timbul balik. apa ko merepek ni haaaa???? hehe...itu saya la. posting satu entry...lama hilang. ni baru la muncul balik. camne la blog ko nak femes mcm hanis zalikha, maria elena, kakak senduk...wahhhhhh!!! bajet nak femes jewww.....menulis blog sekadar suka2 je, xnak la jd femes gitu...pening makcik nanti :P

ok...apa khabar uols?? ada ke org yg follow blog ni? huahuahua....jgn perasan la wieda, xde org rindu pun. eheks...ada aku kesahhhh :P

hmmmm....sblm merapu pjg lebor lg. saya nk bgtau...bahawasanya saya bukan lagi stokis product Felinna Beauty. makanya, segala Inchloss & PMCVC semua dah x jual ye....saya dah info pun dkt FB Page. so, harap maklum :)

and now....saya only fokus pada MyKad Smart Shopper Programme bg Affiliate Junction. if uols nak tahu apa projek ni boleh like FB page (https://www.facebook.com/AffiliateMarketing.MSSP) ni utk maklumat lanjut ok. 

the other thing, i'm on delima now. i've decided to tender my resignation by 1st April. Reason???? nak balik kg to take care of my mum. she is getting old & dah x larat. my mum tinggal sorang kt kg (kedah) since ayah passed away 5 years ago. so, we all adik-beradik gilir2 balik kg since then and sometimes bawa mak datang sini. tp, biasalah org tua kan....xnak duduk KL lama2. bila balik kg last month, sedih sgt tgk keadaan mak. dia xde sakit apa yg kronik cuma dah x larat & i'm so proud of her....at her age now, 70's...dia sangat tabah menjalani hidup sorang2 d kampung. even, sometimes i know...dia terpaksa menguatkan diri utk buat itu ini, walau dia x larat sbb sapa lg nak d harapkan...anak2 semua di sini. memang every year, i plan nak balik kg stay with mum tp i'm still here sbb x dapat keje yg sesuai d kg. coz, nak bayar hutang whatsoeva....risau x mampu nak afford semua tu...gaji kt sini xlah byk...almost 4k je...tp hutang banyakkkk...bayar hutang tgl brp sen je. uwaaaa. so, if balik keje d kg mmg susah sgt nak dpt byk tu...that;s why i'm worry x boleh nak cover. tapi, sentiasa yakin dgn rezeki dari Allah S.W.T...insyaAllah!

but, yesterday...tiba2 saya rasa no matter what saya kena berhenti kerja jugak ASAP. walaupun xde offer new job lg...bagi saya ibu lebih penting. duit boleh di cari....rezeki ada d mana2....insyaAllah dgn izinNya semoga d permudahkan jalan saya bila dah berada di kg nanti. so, saya plan...1/april hantar resignation letter...2 bulan notice +- baki cuti, maybe dlm mid may dh boleh berhenti. the, stay sekejap kt KL settle kan apa yg patut. at least, start puasa saya dah ada d kg....dh lama mak puasa, buka puasa & sahur sorang2. this year, dah x sanggup nak tgk mak sorang2 lg. tapi, saya akan selalu dtg ke KL & travel ke negeri2 tertentu jugak untuk projek MSSP.

dalam kepala otak ni tgh ligat fikir planning apa nak buat....one of them of coz la focus on MSSP. but, i still need to consider on other opportunities as well becoz we never know what will happen. apa pun, saya harap keputusan yg saya buat ni adalah yg terbaik utk semua pihak & yg paling penting dapat berjasa pada mak selagi hayatnya. kawan2 doakan saya semoga jalan saya d permudahkan. terima kasih :)


Wednesday, January 9, 2013

Delayed wishes ~happy new year~

Assalamualaikum...
i hope it's not too late to wish "happy new year". kesibukan melanda sehingga kesuntukan masa untuk mencoret di sini. semoga 2012 memberi anda kenangan terindah untuk di teruskan pada tahun 2013. namun, untuk anda yg melalui perjalanan berliku2 sepanjang 2012, semoga ia memberi anda lebih kekuatan untuk meneruskan kehidupan & semoga 2013 akan menjadi lebih baik untuk anda. InsyaAllah. begitu juga saya, apa yg terjadi sepanjang 2012 adalah sesuatu yg sangat menguji. mungkin ia adalah kenangan yang terpahit dalam hidup & jika di beri pilihan ingin sekali terus melupakan apa yg terjadi dan 'delete' dari otak. tapi, apakan daya kita manusia biasa. di sebalik kekalutan hidup yg dihadapi, Alhamdulillah saya masih mampu bangkit dan melangkah ke hadapan walaupun bersilih ganti dengan berbagai rintangan, bertemankan air mata . Ya...memang ia sangat sukar apatah lagi saya melalui semuanya seorang diri. Saya bangkit dengan semangat dari dalam diri, tiada sokongan dari sesiapa. Semuanya hanya kerana ingin membuktikan kepada emak & abang2 saya mampu meneruskan kehidupan. Alhamdulillah...saya mampu tersenyum hari ini & semoga segalanya bertambah baik pada tahun ini. InsyaAllah...AMIN :)





Sunday, December 23, 2012

Dugaan & Ketabahan

hidup ini takkan pernah lari dari dugaan. selagi kita hidup...dugaan bersilih ganti sehinggalah kita menutup mata. dah mati pun belum tentu habis masalah...kesulitan saat ajal menjemput, kesulitan di dalam kubur dan alam selepas itu. so, janganlah mengeluh dengan setiap dugaan yg kita hadapi. takde org yg x pernah ada masalah. cuma, yang membezakan samada masalah kecik atau besar dan macamana kita nak menghadapinya. secara bijak atau ikut perasaan.

sama juga macam saya, dugaan tak pernah putus. ada yg biasa2 dan ada yang saya sendiri tak pernah terfikir semua ni akan berlaku pada diri saya. when it's happen, memang terduduk lah sekejap, lidah kelu tak mampu berkata, otak kosong tak mampu nak berfikir dah. memang beristighfar banyak lah & mohon kekuatan & petunjuk dari Allah s.w.t...supaya di permudahkan segala urusan.

macam sekarang, saya tengah melalui satu dugaan yang boleh tahan hebat & masih belum selesai. some of friends yg tahu tertanya2 macamana saya mampu utk lalui semua ni bila diorang tengok saya seperti takde masalah. bila jumpa saya, saya sentiasa tersenyum, gelak ketawa seperti biasa...memang muka saya tak menunjukkan saya tengah ada masalah yg sangat besar. dan bila diorang tahu, mmg diorang tergejut sangat sbb kalau mereka yg melalui semua ni memang dah hampir bunuh diri kot. sama juga dengan my family...my brother pun pernah cakap saya macam tak kisah & tak fikir tentang masalah saya sedangkan mereka semua dah risau sangat. berat mata memandang berat lagi bahu memikul.....sapelah yg tak runsing bila terkena batang hidung sendiri pulak tu kan.

sebenarnya, sebelum kawan2 terdekat & family tahu masalah yg saya hadapi, saya dah cukup rasa stress, give up....rasa macam dunia dah nak berakhir. menangis...menangis...menangis...tapi hanya dalam bilik sbb tu takde org tahu. saya menangis sepuas2nya sampai dah tak mampu utk menangis lagi. saya berdoa minta di berikan petunjuk, kekuatan, ketabahan, kesabaran utk saya melalui semua ini. Alhamdulillah, berkat kesabaran....saya masih terus tabah hingga ke saat ini. walaupun kadang2 ada hari yg rasa macam teruk sangat....saya hanya tersenyum, tarik nafas, beristighfar....dan yang paling penting sentiasa berfikiran positif. dan saya terus berharap, semoga segalanya selesai dgn baik. AMIN :)



Friday, December 21, 2012

Adam & Hawa VS Dalam Hati Ada Taman

start minggu ni kena keje shift 4pm-1am sampai hujung tahun. actually, ni first time keje shift...keje kat US based company and kena support account UK. so sekarang ni end quarter, heavy workload, comp kat UK minta real time hours support. dats why kena keje shift hour. but, ok gak...petang2 dah x ramai org. boleh la buat keje dgn tenang, aman & tenteram. hehe

ni baru sampai rumah @ 1.30am. bergegas on laptop nak tgk citer "Adam & Hawa" episod 68. memang x pernah miss follow citer ni. tapi,  takleh tgk la pulak....frust betul. x dapat la tgk adam malam ni. memang touching kot tgk since adam & hawa bila dah jadi suami isteri. tersentuh naluri kewanitaan i tau. hehe...


ada satu lagi cerita yg boleh tahan best gak..."Dalam Hati Ada Taman". ada Randy Pangalila yang hensem tu. auwww...suwit sangat. oppsss...sorry terpoyos sikit :p

 







Thursday, December 20, 2012

Camwhoring

ME#camwhoring#boring#traffic light#red light#

Songs in my HEART

lagu2 yang menyentuh di hati saya by ranking....bila dengar memang bisa mengalir air mata kalau ter over feeling mengimbas kenangan pahit...huhu

well....life must go on...kisah lalu sebagai pengalaman & pengajaran untuk terus melangkah ke hadapan. wish for a better life now and after. Amin :)


Bila Cinta - Gio - A Tribute to Lisa Surihani



Terpanah Asmara - Bunga Cinta Lestari



Selalu Milikmu - Randy Pangalila & Marsha Londoh







Wednesday, December 19, 2012

Tuesday, December 18, 2012

SINGAPORE Trip (part 1)

Weekend Getaway!!!
hari tu saya ada post pasal unplanned trip to singapore kan. so, weekend haritu 15-16 december weols dah selamat pergi dan balik. trip kali ni memang not proper organized. normally, i will be the itinerary planner kalau pergi mana2 vacation. but, this time memang kesuntukan masa nak survey. huhu...everything last minute.

duit pun petang tu baru terhegeh2 tukar. nasib baik la kat bawah office ada money changer. so tukar RM600 je, rate hari tu 2.53

ok...we went by train KTMB on Friday, 14th december. train bertolak dari KL Sentral around 1130pm ke Woodlands CIQ...sampai dalam 6.45 pagi. weols amik upper bed, lower bed sume dah sold out time nak beli tu. harga tiket RM40...kalau lower bed RM46.



actually ni first time dok upper bed. sebelum ni kalau blk kg naik train beli lower bed. kalau bawa banyak barang leceh sikit la nak panjat2 kan. tp, weols backpackers je :)

sampai kat JB Sentral, train akan stop untuk passport checking. masa tu, terjaga dari tidur dengar passenger cina tu dok cakap passport dgn kaum kerabat dia...so ingatkan kena turun p cek passport la. sebab kalau naik bas kan kena turun. saya pun kejut la siti & kakcik nak ajak p cek passport. rupa2nya tak payah turun pun. pegawai imigresen tu dtg cek sorang2...hehe. dah habis cek semua penumpang...train terus ke woodlands. kejap je, dlm 15 minit je kot dah sampai. kat sini sekali lagi kena imigresen checking..ni biasa la singapore punya pulak. cop passport semua, isi form putih tu. dah settle semua, weols nak cari surau nak solat subuh...tapi takde. tak solat subuh la weols pagi tu. huhu...then, terus keluar nak cari stesyen MRT. tapi takde...kena naik bas atau teksi ke stesyen MRT terdekat. weols nak ke MRT Kranji. nak naik bas takde coin, ye lah baru sampai kan...duit besar2 lagi..hehe. so, we decided to take taxi. weols tahan je taxi yang lalu situ...tapi semua takmau amik...heran betul. semua orang tengok je weols. rupa2nya, kena queue....tak bole suka2 hati kalau tak kena saman. hahaha...mana la tau. 

dah dapat taxi, weols ke stesyen MRT Kranji utk ke hostel. tambang taxi SGD4.50
kat situ ingat nak beli tourist pass, senang nak naik MRT tak payah nak beli setiap stesyen yg turun kan. tanya kat kaunter, tak jual kat situ. kena beli kat Orchard. So, ok lah weols just beli single tiket ke Nicoll Highway untuk ke hostel.

nak tahu kat mana weols stay and next story? tunggu part 2 ye...mata dah nagantuk :p




Kasih Seorang Ayah

Terjumpa satu post ni kat FB. Bila baca teringat arwah ayah (Al-Fatihah). Bila tengok pic pakcik ni, terbayang zaman sekolah & kecik2 dulu. Saya dari keluarga yg susah. Ayah pesawah je, takde kereta. Hanya ada sebiji moto. Kami 3 beradik, saya yg bongsu perempuan dan 2 org abang. Kami bertiga sekolah berasrama. So, bila nak pergi & pulang dr asrama mesti bawa beg besar. Especially saya lah, abang2 selalu balik sendiri naik bas. Macam ni lah, ayah bawa moto...ada beg di depan, saya duduk di belakang dgn bag juga. Kadang2 bila hujung tahun nak cuti sekolah, lagi la banyak barang nak di bawa balik. Dengan moto lah ayah uruskan semua. Kadang2 saya taknak menyusahkan ayah, nak balik sendiri naik bas tapi ayah tak izinkan. Bila habis sekolah, masuk universiti....ayah minta tolong kawan ayah yg ada kereta hantar ke UiTM atau ayah pinjam & hantar sendiri. Ini bila nak start semester dgn habis semester je lah. Then, dah masuk semester 3 kalau x salah, ayah dah pakai kereta. Abang tolong bayarkan down payment sebab dia dah kerja. Kereta iswara second hand je. Alhamdulillah, baru mudah sikit nak bergerak. Rindu sangat kat ayah.....dah 5 tahun lebih pemergian ayah.


Demi anak pakcik ni sanggup menghantar anaknya. mereka tinggal di gombak dan hantar anaknya di IPG melaka.
nak di jadikan cerita pakcik ni tersalah jalan masuk seremban dari gombak dan terus ikut bukit putus melalui kuala pilah untuk ke melaka melalui tampin. katanya lagi,mereka berdua beranak bertolak dari gombak pukul 3 pagi dan bersolat subuh di nilai kemudian meneruskan perjalananan dan sarap

an di kuala pilah.
Mendengar cerita pakcik ni, dlm hati aku berkata, "balik dari melaka ni aku akan ikut jalan blk ke seremban ikut jalan yg pacik ni lalui td" ... bila sudah abis selesai di IPG (instutut perguruan), blk ja terus ikut jln tersebut iaitu dr melaka ke seremban melalui tampin dan kuala pilah. Boleh tahan juga jalan tersebut dgn selekohnya yg tajam dan lory lagi......

cuba kita bayangkan pakcik ni dgn anaknya melalui jalan ni dgn beg dan bekalan mereka....sebak hati bila mendengar cerita pakcik ni...
di kesempatan ini aku sendiri mempelawa pakcik ni pada ari jumaat ini "pakcik tak perlu la amik anak pakcik, nti saya akan hantarkan anak pakcik sekali ke gombak"....
sayu hati lihat wajah seorg ayah yg sanggup bersusah payah utk anaknya agar anaknya sentiasa berjaya depan matanya sendiri...
semoga Allah memberi rezki yg melimpah ruah pada keluarga pakcik ni....
pada semua,hargai la ayah, bapa, walid, dady, papa, baba kita selagi mereka masih hidup... kasih mereka tidak pernah luntur utk kita yg bernama anak.



Monday, December 3, 2012

Saya nak ke SINGAPORE

Assalamualaikum

wowww...dah agak lama tak bercerita pasal hal personal kat blog ni ye. bukan kata personal, business pun x sempat nak update kt sini. hahahha...teruk betul lah....bersawang sepanjang masa. ye lah...mana taknya...kat ofis ada quota nak access blog...60 minute je?? ada ke patut...so mood pun berterbangan dgn riang-ria membelah awan nan biru....wakakaka...

okeh2...back to d topic. 15-16 dec ni me & my other 2 girlfriend nak g jalan2 kt singapore. this is unplanned trip. well..biasalah saya kan suke camtu...bukan jenis yg plan2...mai time otak gila + sewel terus je buat immediate decision. hehe..

kisahnye last week la...saya rasa sangat la STRESS x leh blah...rasa macam nak lari ke satu tempat tp xtau mana...so suggest kt kawan2 nk p bercuti...nk p island skrg tgh musim hujan...so plan la nk ke singapore. survey2 tiket sume...booked!! hahaha

so..we will go by train from KL Sentral and balik by Air Asia. biasalah, bila last minute punya plan...so costly la sket kan...so terpaksa la cari budget the best. final..all tiket pergi balik, hostel, voucher masuk sentosa island utk sorang around RM300. 

ok...persoalannya sekarang. nak tanya pendapat uols yg dah biasa dgn selok-belok singapore tu kan (xtau la ada ke org nk bg pendapat ni, maklumlah blog x femes amos..huhu)...weols sampai kat woodlands CIQ 6.30am. camne weols nk start gerak & nk ke mana dulu? saya mmg x sempat nk wat deep survey sbb busy sgt skrg..yg i tahu...kena ke keranji utk beli tourist pass. tapi weols kena ke orchard road utk collect tiket sentosa island, travel agent buka jam 10pagi..then hostel lak kat bugis. so...what is the best way weols nk arrange our trip? 

soalan????
1. sampai kat woodlands 6.30am - boleh ke mandi2 kat situ nk tukar pakaian/solat/breakfast?
2. terus ke hostel simpan beg dulu ke (sbb check in 3pm) or pergi orchard road amik tiket sentosa island dulu?
3. aktiviti utk hari tu ke sentosa island je (siang)
4. aktivit malam belum decide
5. next day jalan2 round singapore + shopping...flight balik 11.35pm

sangat2 mengharapkan idea anda2 semua. terima kasih byk2 :)